aku percaya yang kita tak banyak berbeda dalam pengertian
bahwa penyakit hati itu telah meresap
dan ubatnya tiada
melainkan agama yang dibiar subur di dalam jiwa
maka paham agama telah jauh lari
akibat nafsu duniawi yang menerpa
kerna itu amalan dilaku hanya tagih sementara nikmat dunia
maka mata buta tak terlihat betapa indah hidup dunia tak bersempadan
dan bahagia nikmat yang tiada tanding taranya
pabila mahmudah hilang
maka yang kau lihat hanya amarah yang gila
dan tujuan hanya kembali pada dirinya
terlupa yang kita khalifah berbakti buat ummahnya
asbab itu harus kita kembali
meneliti diri dan membangun mentaliti
bahwa dunia akan sirna
dan kehidupan yang kekal hanyalah disana
maka rebut peluang
membetul niat
mengguna segala saluran buat menambah amalan
agar tak menyesal di hari kemudian
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Menyoroti Sastera, Politik dan kemungkinan
Pelbagai acara telah kita lalui tahun ini dengan berhasil sekali. Ada yang merasa kepuasannya, ada yang merasa kejengkilannya dan ada juga yang sentiasa merasakan ada yang tidak kena. Semuanya kerana hati dan kepala kita lain dan Tuhan sentiasa menduga kita. Samada dalam hati kita ini baik atau busuk, kita sendiri yang lebih tahu sesuatu yang tersirat. Pokoknya, kita harus selalu belajar mentafsir dan menilai. Manusia ini tidak henti-henti bermain dengan sentimen, rasa dan keinginan untuk sentiasa melihat kurang orang dan kurang sendiri bagaikan lansung tidak ada. Jika kita rasa kita dominan, begitulah kita, sentiasa mahu dilihat dan sentiasa mahu diberi perhatian. Saya fikir sikap sebegini adalah penyakit, penyakit hati dan perasaan yang banyak disaluti keengganan melihat orang lain untuk juga ingin berjaya. Dunia sastera kita juga begitu, semakin kita pandai dan mapan, penyakit baru pula muncul, kita sudah terlalu menampakkan taring ego kita yang berlebihan, menidakkan hal-hal baik yang orang lakukan dan lupa dulunya kita pernah berada dalam segala kekurangan itu. Kita tidak perlu lagi ungkit itu salah si anu, silap si anu tetapi banyakkanlah niat kita untuk kembali berjuang meninggikan mutu karya sastera kita. Jika kita tidak berminat untuk memajukan persatuan kita, simpan dalam hati kita untuk memajukan diri kita sendiri sahaja dan menulislah sebaik-baiknya. Biar yang pandai berpersatuan memajukan persatuan penulis. Kita kena ingat, kita berjuang ikut kemampuan dan kapasiti kita dan jangan samasekali kita gunakan bakat dan kedudukan kita untuk menidakkan peranan orang lain dan menggunakan segala saluran itu untuk mengaut semuanya untuk diri. Jika begitu kita jadi ketua, hayatnya tak lama dan kita menjadi bahan kutukan. Bijak manapun kita, pandai manapun kita, hebat manapun kita, semuanya itu Tuhan pinjamkan. Kita tidak perlu terlalu banyak politik dalam segala tindak-tanduk kita kerana ia bukan matlamat perjuangan anak seni yang inginkan idealisme yang baik, yang manusiawi atau yang lebih jernih sifatnya. Kemungkinan untuk esok banyak yang tidak mampu kita tafsirkan lagi. Dunia pantas berubah dan sikap manusia baru sukar untuk kita ramalkan lagi kerana manusia kini lebih memilih untuk merosaki dirinya. Jangan hairan semakin ramai yang sudah bersiap sedia untuk mati bunuh diri. Jika jalan ini yang kita pilih, kita akan menghancurkan segala yang murni, yang lebih sabar dan tabah. Jalan yang kita pilih banyak yang salah sedangkan kita diberikan segala sifat yang baik untuk berfikir dan bertindak . Negara kita akan hancur jika rakyatnya tidak lagi berdisiplin dan enggan hidup dalam harmoni. Peranan kita makin penting dan kita harus berada dalam arus manusiawi ini. Menjadi golongan yang luas ruang fikir dan politik bukan permainan licik kita. Kepelbagaian yang kita bangga-banggakan itu semestinya digunakan untuk mengurangkan rasa ketulinan kita ketika melihat kulit diri tetapi perlu dirasionalkan dengan rasa lebih sederhana bahawa kita manusia wala apapun darah keturunan kita adalah sama di sisi Tuhan. Berhenti menjadi manusia yang tebal kesukuan atau kedaerahannya, kita adalah satu bangsa, satu warga dunia yang inginkan kedamaian, itu yang lebih bermakna.
4 comments:
yang jadi camni, maybe leh edit entry. Copy to notepad untuk hilangkan formatting, then copy semula ke ruang edit entry.
Baru ada paragraph sume. I guess. Atau entry ni memang dibuat jadi camni? Tapi gaya cam sajak ;)
sajak saya yang buat.....entry ni saya baca dari blog lain....tapi entry ni memang macam ni dalam blog tu....boleh click link kalau mahu....tq
itulah dah klik link..entry die memang macam tu.
;)
yer2...entry dia memang macam tue...menarik bukan....sampai mesej kan....terima kasih sebab komen
Catat Ulasan