Tentang diri

Foto Saya
Ibnu Sobri
Kedah, Malaysia
Ku pengembara. Terokai madah dalam diam mulut berbicara. Menyelongkar rahsia dengan lemah deriaku. Menyelami hati seorang perindu. Sunyi di kala ada, girang di waktu sepi. Pantas mataku memerhati maka hatiku menyaksi, kelibat peristiwa dan rentetannya. Maka jelajah ini pasti tak sudah, sampai pasti di depanku titik noktahnya. Dan ketika itu langkah dipersoal dan gerun hati andai tak terjawab segala persoalan....
Lihat profil lengkap saya

Blog

29 Mac 2009

Perjalanan



Perjalanan tak menunggu masa
kerna tiada selepas ini masa rehat.

+++

Perjalanan tak menunggu sesiapa
pabila tiba maka gerak berpanjangan.

+++

Perjalanan tak menanti perkabaran
laluan sukar susah sendirian.

+++

Perjalanan tak perlu kekuatan
malah keberanian tanpanya
henti langkah kayuhan.

+++

Perjalanan tak memerlu belas kasihan
Tapi padanya perlu ada persediaan.

+++

Perjalanan takkan sudah
kerna laluan sehala
padanya tiada undur ke belakang.

+++

Perjalanan tanpa arah tujuan
maka hilang maksud
dan terbiar masa
dan putuslah harapan


...

1 comments:

As berkata...

teruskan berjalan..
walau lelah menggamit perasaan..
walau penat membantutkan jiwa..
kerna Dia sentiasa bersama.

"ihdinassirotolmustaqiim ya Allah..ameen"