Tentang diri

Foto Saya
Ibnu Sobri
Kedah, Malaysia
Ku pengembara. Terokai madah dalam diam mulut berbicara. Menyelongkar rahsia dengan lemah deriaku. Menyelami hati seorang perindu. Sunyi di kala ada, girang di waktu sepi. Pantas mataku memerhati maka hatiku menyaksi, kelibat peristiwa dan rentetannya. Maka jelajah ini pasti tak sudah, sampai pasti di depanku titik noktahnya. Dan ketika itu langkah dipersoal dan gerun hati andai tak terjawab segala persoalan....
Lihat profil lengkap saya

Blog

09 Oktober 2009

Takkan Dapat Ku Beza










Merintih kau dalam kata yang jelas,
buat diri yang enggan buka luas.
moga harapnya dapat segera faham,
makna kata itu yang padanya terukir
rasa kasih sayang.
Suatu bicara,
tidak mahu menoleh tapi
bisa dikongsi teladannya.
Namun takkan dapat ku beza,
tapi belum tentu aku lupa,
kerna pabila bertemu,
bergelora dalam jiwa bahawa
ini orangnya.
Masakan dibeza yang benar dan
yang salah,
kerna semua bercampur aduk
dalam satu ramuan,
Tapi harapan itu masih ada,
untuk tidak selindungku,
pada yang dibenar tanggung untuk menjaga.
Kerna itu,
usah risau.
Akan ikat diriku
pada setia noktah ini.
Bahawa segala yang terancang itu,
benar sekali akan berlaku ia.
Dan enggan diri menyusah,
pada yang diberi kuasa menjaga.
Engkau sendiri tahu siapa engkau?
dan tahu pula aku siapa dikau.
Biar kepada meraka yang mencuba?
walau dalam samaran yang takkan
dapat kubeza.
Tapi jernih hati yang kerisauaan,
susah pasti dalam gaungnya
dari gelap malam diseliputi awan.
Masakan,
kerna takkan dapat ku beza,
maaf dipinta,
andai terlanjur haluan,
pada kamu yang menjaga.

0 comments: