Tentang diri

Foto Saya
Ibnu Sobri
Kedah, Malaysia
Ku pengembara. Terokai madah dalam diam mulut berbicara. Menyelongkar rahsia dengan lemah deriaku. Menyelami hati seorang perindu. Sunyi di kala ada, girang di waktu sepi. Pantas mataku memerhati maka hatiku menyaksi, kelibat peristiwa dan rentetannya. Maka jelajah ini pasti tak sudah, sampai pasti di depanku titik noktahnya. Dan ketika itu langkah dipersoal dan gerun hati andai tak terjawab segala persoalan....
Lihat profil lengkap saya

Blog

17 Julai 2010

Siapa yang dimuliakan

siapa yang dimuliakan,
maka dia yang beruntung.
pabila ikhlas letak di depan,
maka kunjung yang sebenar
hanya pada redha yang satu,
bukan lagi kerna khalayak.

pabila tinta berbicara,
maka sekian kali,
berhibur tenung ku merenung.
sepoi angin membawa khabar,
yang lunak gembira
riang bersama.
ramah sekali.

maka layur pada sentuhan,
khazanah buat hati terpesona,
lantas buka minda,
hati menerima,
dan tadah tangan meminta.

oh cahaya yang damba hatiku,
terikat padanya.
sedang bisa saja pinggir ku
pada mundur yang tak berpenghujung.
tepian yang bergelimpangan.
sesat entah kemana?

maka layak lagi kah jika
diri bersuara.
memohon jalan kembali....

kerna agung itu hanya yang Satu,
baginya setiap segala sesuatu.
dan layakku tidak
untuk bersuara
pada setiap tetap yang telah
ada segalanya tertulis dalam kalam.
setiap perbuatan.
setiap peristiwa.

bagi-Nya segala.
tidak malah aku hanya hamba.
cuba merengkok menyedap
rasa,
riak hati agar terus faham,
hikmah segalanya hanya
baginya Yang Berkuasa.
dan pasrah
itu perlu aku dalam
ayaman kesabaran.


kerna penghujung itu yang bererti.
dan insan hanya boleh bersuara,
tapi letak akhir hanya Dia mengerti,
setiap apa didalam jiwa,
dan setiap zahir kita
lihat pada indera.


...

0 comments: