ketika kesesatan diri perihal hati yang gersang. maka pada hujung perjalanan, dilihat sendiri yang sampai ku pada destinasi itu suatu yang belum ketahuan. maka, pada luluh kaki yang jerih perih ini sudah membuat diri berada dalam kepayahan. terasa seakan mengalah itu sudah tidak dapat lagi diri mengelak. ooo0...sepi hati pada kembara yang tak pernah habis. sunyi berteman panas angin yang sesekali menyambut badan yang berat kini terasa. dan dahaga ini sudah tak lagi tertahan!!!
***
sesekali hujan membasahi, maka rumput mula menghijau dengan sapa yang gembira. dan kedingin hirup udara ini menyegarkan pemikiran!!! maka tiada lagi teriakan, dan gairah diri bermula dengan langkahan yang panjang. dan mula kedengaran pekik dari kejauhan, suara2 yang bermanja di dada. maka tersedar akan asbab kehadiran di dunia. yang pasti berimbun, itu kelak akan habis jua akhirnya. maka dalam kekalutan ribut, pasti tidak hilang tuju kerana nanti penghujung laluan kita pada denai yang sama
***
0 comments:
Catat Ulasan