Tentang diri

Foto Saya
Ibnu Sobri
Kedah, Malaysia
Ku pengembara. Terokai madah dalam diam mulut berbicara. Menyelongkar rahsia dengan lemah deriaku. Menyelami hati seorang perindu. Sunyi di kala ada, girang di waktu sepi. Pantas mataku memerhati maka hatiku menyaksi, kelibat peristiwa dan rentetannya. Maka jelajah ini pasti tak sudah, sampai pasti di depanku titik noktahnya. Dan ketika itu langkah dipersoal dan gerun hati andai tak terjawab segala persoalan....
Lihat profil lengkap saya

Blog

17 April 2009

Bila Kedua-dua Bertemu


Bila kedua-dua bertemu,
maka manusia mula runsing,
apakah kebenaran itu bercabang.
tidak! sedangkan dan seharusnya,
kebenaran itu hanya satu.
kerna kelak ketahui kita,
bahwa sesungguhnya walau tampak
benar pada tafsiran indera
benar segala yang diyakini.
tapi tidak kerana kebenaran
bakal terbukti dan percayalah ia bakal terjadi!
Andai pilih kamu untuk terus tunggu,
maka tiada lain melainkan harus menungguku sama.
kerna kelak pabila kebenaran berbicara.
ketahui kita siapa
termasuk golongan yang merugi.






p/s:Teruskan! Dan maju kehadapan! Kerna perjalanan kita masih jauh...


...

0 comments: