Maka apakah ucapan mulia selain ini,
ucapan terima kasih dikala senang.
Kerana ucapan ini bisa saja diri menangis
dalam sedar diri cukup sentiasa,
masakan.
Ya, tidak mungkin ingat selamanya
diri pada apa yang terzahir.
Kadang terlupa hingga gelisah,
tapi andai terus diri alpa.
Maka kelak rugi.
Selamanya rugi.
Tentu pasti ku tak mahu yang itu.
Tentang diri
- Ibnu Sobri
- Kedah, Malaysia
- Ku pengembara. Terokai madah dalam diam mulut berbicara. Menyelongkar rahsia dengan lemah deriaku. Menyelami hati seorang perindu. Sunyi di kala ada, girang di waktu sepi. Pantas mataku memerhati maka hatiku menyaksi, kelibat peristiwa dan rentetannya. Maka jelajah ini pasti tak sudah, sampai pasti di depanku titik noktahnya. Dan ketika itu langkah dipersoal dan gerun hati andai tak terjawab segala persoalan....
0 comments:
Catat Ulasan