Tentang diri

Foto Saya
Ibnu Sobri
Kedah, Malaysia
Ku pengembara. Terokai madah dalam diam mulut berbicara. Menyelongkar rahsia dengan lemah deriaku. Menyelami hati seorang perindu. Sunyi di kala ada, girang di waktu sepi. Pantas mataku memerhati maka hatiku menyaksi, kelibat peristiwa dan rentetannya. Maka jelajah ini pasti tak sudah, sampai pasti di depanku titik noktahnya. Dan ketika itu langkah dipersoal dan gerun hati andai tak terjawab segala persoalan....
Lihat profil lengkap saya

Blog

12 November 2009

Kekadang Lelah Bermain Permainan Ini

adakah ini yang dicari,
maka jawapannya sudah pasti tidak.
kerana masih diri tidak mengerti,
kerana hakikat bukan diri empunya,
dan menangih dalam kedinginan
udara yang baru menjelma ini.
moga diterima,
tapi harus perlu dahulu usaha.
kerna kerdil sememangnya
perlu kepada yang kuasa.
dan harapan yang makin pudar,
umpama tidak mampu lagi diri bertahan.
kerja pengajaran bisa saja terlupa,
jika tiada yang mengingatkan.
dan umpama lelah jauh perjalanan,
maka harap lurus jalan
yang ditempa masih jelas
lihat ia oleh mata yang layu,
kering mendengar madah
yang bercampur baur.
ooooooh,
inikah yang kumahu,
wahai diri,
kerna bukan lagi jawapan yang kucari,
kerna telah lalu detik itu
yang sungguh susah
dalam kabut yang tak jelas
apa yang dipandang.
jadi diri.
apakah yang kau mahu,
kerna bisa dapat apa
terdetik dengan izin-Nya,
tapi apakah itu sudah
puas buat kau senyum sampai
kering keringat tatapan,
berjalan pada fana usia ini.

0 comments: