Tentang diri

Foto Saya
Ibnu Sobri
Kedah, Malaysia
Ku pengembara. Terokai madah dalam diam mulut berbicara. Menyelongkar rahsia dengan lemah deriaku. Menyelami hati seorang perindu. Sunyi di kala ada, girang di waktu sepi. Pantas mataku memerhati maka hatiku menyaksi, kelibat peristiwa dan rentetannya. Maka jelajah ini pasti tak sudah, sampai pasti di depanku titik noktahnya. Dan ketika itu langkah dipersoal dan gerun hati andai tak terjawab segala persoalan....
Lihat profil lengkap saya

Blog

12 Disember 2009

Bagaimana...

dan kerna basah itu mengalir pergi,
dari kejauhan tampak yang memerhati
derita yang buat sekian kalinya,
maka dimanakah dikau?

dikala diam jalan sendirian maka madah
itu beransur pergi bersama riuh suasana
sekitarnya.

maka yang dilupa tak ingat,
dan yang serik sering saja melakukan perkara sama.
bagai berjalan di tengah malan,
sedang hujungnya gaungnya sangat dalam.
masakan.
kerna tak memahami dan mengerti.
kesian!

pabila diam kata itu tak tahu buat siapa.
kerna andai lidah ini kawal tidak
pada akal rasional yang menguasai,
usah tidak pasti terjerumus jua daku ke lembah hina.
minta dijauhkan....
kerna jelik ia aku lihat sendiri,
jadi masakan ku pula yang melakukan.

kerna sempit itu buat kepda yang celaka.
takziah jua andai diri tak berbalik.
selamat.
buat dikau dan buat ku jua.
moga dapat apa yang didamba.
moga buta itu celik,
dan diam itu kembali bersuara.

amat senorok.
tak sabar untuk menanti.
buah itu bisa ranum busuk pada si penanamnya.
sekian dan kesian!


***

0 comments: