Tentang diri

Foto Saya
Ibnu Sobri
Kedah, Malaysia
Ku pengembara. Terokai madah dalam diam mulut berbicara. Menyelongkar rahsia dengan lemah deriaku. Menyelami hati seorang perindu. Sunyi di kala ada, girang di waktu sepi. Pantas mataku memerhati maka hatiku menyaksi, kelibat peristiwa dan rentetannya. Maka jelajah ini pasti tak sudah, sampai pasti di depanku titik noktahnya. Dan ketika itu langkah dipersoal dan gerun hati andai tak terjawab segala persoalan....
Lihat profil lengkap saya

Blog

09 Disember 2009

Debaran itu...

Rasa...andai itu maknanya,
maka takkan terjawab sehingga akhirnya.
pada hujung kata simpan pada madah,
maka tuju itu tak bisa sampai hingga tamatnya,
jadi takkan ku biar lagi debaran itu menguasai,
ingauan ngeri pada yang tak endah,
jauh buat mengerti,
tidak pada membenci.
kerna selindung itu suatu yang hargai ia,
tak berbolak bahagi lagi,
tapi andai kusut jalan ia pada sempit laluan,
maka hendaknya dingin ini yang berkumandang
sehingga ke penghujung.
agar dapat kawal ia.
agar terus kuasai ia.
kerna diam tidak lagi cukup
malah selindung tidak pula hanya membisu.
kerna tiada lagi...
kerna tak bisa tunjuk lagi...
dan dakap ia dalam sendu menekap.
kerna kosong itu selamanya...
ya buat selamanya.
moga terisi jika tidak dapat menguasai.
semoga hibernasi bukan
jawapan pada suatu yang luar kemampuan.
tapi kerna dingin jua bukan alamat
salju itu buat ubah sejuk linangan.


***

0 comments: