Tentang diri

Foto Saya
Ibnu Sobri
Kedah, Malaysia
Ku pengembara. Terokai madah dalam diam mulut berbicara. Menyelongkar rahsia dengan lemah deriaku. Menyelami hati seorang perindu. Sunyi di kala ada, girang di waktu sepi. Pantas mataku memerhati maka hatiku menyaksi, kelibat peristiwa dan rentetannya. Maka jelajah ini pasti tak sudah, sampai pasti di depanku titik noktahnya. Dan ketika itu langkah dipersoal dan gerun hati andai tak terjawab segala persoalan....
Lihat profil lengkap saya

Blog

31 Disember 2008

Ketawalah...Raikanlah...Bergembiralah...

0 comments









Ketawalah andai kamu mahu
Kerna kami di sini
Tak bisa menerimanya
Walau secebis jasad
Kami tercarik dek belidan peluru
Takkan kami berhenti
Dari meneruskan arah
Destinasi yang kami tujui

Raikanlah andai kamu percaya
Kemenangan sudah dalam genggaman
Sedang esok kamu belum tentu pasti
Putaran alam takdiran Ilahi
Biar kamu selubungi
Debu tanah sudi ini
Dengan asap hitam
Yang memayungi kesayuan
Di hati kami
Akan kami terus melangkah
Kerna telah jelas di depan mata
Kemenangan yang telah di janji


Berseonoklah andai kamu suka
Kami bersusah dengan air mata
Dan lautan darah
Insan yang kami cinta
Jika masih tersemat
Pada jasadmu bahwa kau
Bangsa agung
Bangsa yang dimuliakan Tuhan
Maka ingin ku ingatkan
Supaya kamu tatap sejarah silam
Dengar apa yang terlafaz
Pada lidah Daud a.s.
Dari apa seruan Isa a.s. (Quran 5:78)
Pada kamu wahai Bani Israel
Telahkah kamu lupa semuanya...


Dengarlah teriakan kami ini






Read more

29 Disember 2008

Pabila Diri Lupa

4 comments
Hati terdetik untuk bersuara selepas membaca artikel di bawah.










aku percaya yang kita tak banyak berbeda dalam pengertian
bahwa penyakit hati itu telah meresap
dan ubatnya tiada
melainkan agama yang dibiar subur di dalam jiwa
maka paham agama telah jauh lari
akibat nafsu duniawi yang menerpa
kerna itu amalan dilaku hanya tagih sementara nikmat dunia
maka mata buta tak terlihat betapa indah hidup dunia tak bersempadan
dan bahagia nikmat yang tiada tanding taranya
pabila mahmudah hilang
maka yang kau lihat hanya amarah yang gila
dan tujuan hanya kembali pada dirinya
terlupa yang kita khalifah berbakti buat ummahnya
asbab itu harus kita kembali
meneliti diri dan membangun mentaliti
bahwa dunia akan sirna
dan kehidupan yang kekal hanyalah disana
maka rebut peluang
membetul niat
mengguna segala saluran buat menambah amalan
agar tak menyesal di hari kemudian

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

Menyoroti Sastera, Politik dan kemungkinan


Pelbagai acara telah kita lalui tahun ini dengan berhasil sekali. Ada yang merasa kepuasannya, ada yang merasa kejengkilannya dan ada juga yang sentiasa merasakan ada yang tidak kena. Semuanya kerana hati dan kepala kita lain dan Tuhan sentiasa menduga kita. Samada dalam hati kita ini baik atau busuk, kita sendiri yang lebih tahu sesuatu yang tersirat. Pokoknya, kita harus selalu belajar mentafsir dan menilai. Manusia ini tidak henti-henti bermain dengan sentimen, rasa dan keinginan untuk sentiasa melihat kurang orang dan kurang sendiri bagaikan lansung tidak ada. Jika kita rasa kita dominan, begitulah kita, sentiasa mahu dilihat dan sentiasa mahu diberi perhatian. Saya fikir sikap sebegini adalah penyakit, penyakit hati dan perasaan yang banyak disaluti keengganan melihat orang lain untuk juga ingin berjaya. Dunia sastera kita juga begitu, semakin kita pandai dan mapan, penyakit baru pula muncul, kita sudah terlalu menampakkan taring ego kita yang berlebihan, menidakkan hal-hal baik yang orang lakukan dan lupa dulunya kita pernah berada dalam segala kekurangan itu. Kita tidak perlu lagi ungkit itu salah si anu, silap si anu tetapi banyakkanlah niat kita untuk kembali berjuang meninggikan mutu karya sastera kita. Jika kita tidak berminat untuk memajukan persatuan kita, simpan dalam hati kita untuk memajukan diri kita sendiri sahaja dan menulislah sebaik-baiknya. Biar yang pandai berpersatuan memajukan persatuan penulis. Kita kena ingat, kita berjuang ikut kemampuan dan kapasiti kita dan jangan samasekali kita gunakan bakat dan kedudukan kita untuk menidakkan peranan orang lain dan menggunakan segala saluran itu untuk mengaut semuanya untuk diri. Jika begitu kita jadi ketua, hayatnya tak lama dan kita menjadi bahan kutukan. Bijak manapun kita, pandai manapun kita, hebat manapun kita, semuanya itu Tuhan pinjamkan. Kita tidak perlu terlalu banyak politik dalam segala tindak-tanduk kita kerana ia bukan matlamat perjuangan anak seni yang inginkan idealisme yang baik, yang manusiawi atau yang lebih jernih sifatnya. Kemungkinan untuk esok banyak yang tidak mampu kita tafsirkan lagi. Dunia pantas berubah dan sikap manusia baru sukar untuk kita ramalkan lagi kerana manusia kini lebih memilih untuk merosaki dirinya. Jangan hairan semakin ramai yang sudah bersiap sedia untuk mati bunuh diri. Jika jalan ini yang kita pilih, kita akan menghancurkan segala yang murni, yang lebih sabar dan tabah. Jalan yang kita pilih banyak yang salah sedangkan kita diberikan segala sifat yang baik untuk berfikir dan bertindak . Negara kita akan hancur jika rakyatnya tidak lagi berdisiplin dan enggan hidup dalam harmoni. Peranan kita makin penting dan kita harus berada dalam arus manusiawi ini. Menjadi golongan yang luas ruang fikir dan politik bukan permainan licik kita. Kepelbagaian yang kita bangga-banggakan itu semestinya digunakan untuk mengurangkan rasa ketulinan kita ketika melihat kulit diri tetapi perlu dirasionalkan dengan rasa lebih sederhana bahawa kita manusia wala apapun darah keturunan kita adalah sama di sisi Tuhan. Berhenti menjadi manusia yang tebal kesukuan atau kedaerahannya, kita adalah satu bangsa, satu warga dunia yang inginkan kedamaian, itu yang lebih bermakna.


Read more

M06P Setahun Kemudian...

0 comments


Telah kulafaz dalam diam hati bersuara bahwa ikatan ini takkan putus kerna telah kita ikat ia walau tempohnya yang singkat.Dan telah jua kita sama2 melangkah dalam susah payah silih datang menghadap dan aku menyaksi kamu sebagai jiwa2 yang berani lagi tabah mengharunginya.Percayalah! Kerna telah pilih kita untuk melangkah bersama maka jejak ini takkan berakhir dan aku percaya bahawa tiada jarak yang dapat memisahkannya. Maka harap aku ikatan yang telah terbina ini dalam kesempatan yang Tuhan berikan tidak disia malah akan berguna selagi hayat bernyawa.Walau tika itu mungkin usia telah merubah segalanya namun kerna hati yang terikat akan sentiasa mesra dan teguh simpulnya.Maka jangan diungkit yang silam malah damai tenangkan ia dalam suasana yang tenteram. Maka aku yang terasa kehilangan kalian akan terus merasa kesunyian ini dan semoga beramal dan diredhai ilmu yang diperturunkan buat jiwa kerdil ini bagi bekalan hari mendatang.Terima kasih !!!

Lagu buat kalian renungkan........










Read more

28 Disember 2008

Malam

0 comments














Ketika malam gah dengan gelitanya
Maka suara-suara kecil
  memanggil dengan puji-pujian;
  memencil hati dengan kerendahan;
  menitis air mata dengan harapan;
  mengaku pada kesilapan;
  memohon pertolongan.
Kerna detik itu berharga
Tidak selain petunjuk yang dicita
Kerna perjalanan bisa menyesatkan
Jika tiada cahaya yang menyinarinya
Dan jika tidak Yang Kuasa mengizinkan
Sudah sesar tak ketemuan
Apa ertinya nikmat iman




...
Sudilah menjenguk link di bawah ini
http://www.4shared.com/file/40115670/5f9e6cdd/Diwani_-_Di_Hening_Malam.html

...
Read more

Lembaran Itu

0 comments


Merdu gemersik alunan suara
Maka gementarlah hati si pencinta
Kerna hujah terlerai pada cahaya
Dan enak mesra pelukannya

Andai maksud terus didaki
Nescaya berkunjung jalan
Yang mana penghujung tak ketemuan
Dan cerah melihat lurusnya

Kerna telah kau saksi
Pada lembaran yang hujahnya pasti
Dan setiap detik kau melalui
Pada kebenaran lembaran ini
Jadi masakan menoleh
Kau pandangan pada selainnya




...
Read more

19 Disember 2008

Bila Rindu Berbicara

0 comments















Tuhan telah menemukan kita
seawal usiaku mendengar
ratapan suara kau memanggil hiba
dan tangismu mengajakku berduka sama
namum kerna jarak pisah kita tak bertemu
dan bicara kita kosong semata
namum teguh janji dikota bila bisa dicita
dan kau juga aku berdua samar tentangnya
kerna teriakanmu goyah kucup hati pengecut
dan langkahmu berani pada yang pasti
merobek lusuh jiwa yang kecil
dan aku menyaksi cinta ini bukan biasa
malah geloranya tak dapat dikongsi cerita
kerna desiran angin yang berkumandang
membawa kisah asyik si penunggu setia
dan warkah si penjaga kota
bersemi alunan azan padanya
jadi masakan diceritakan semuanya


...
Read more

Kerinduan Semalam

0 comments














Kusampaikan salam padamu
wahai kekasih yang dirindu
dari kejauhan kupendam kata hati
biar terluka tapi tak terlupa
yang andai kasih terpaut
pasti pinggir tak kenal
maka hujungnya sudah pasti nyata
masakan
kerna rindu yang dalam
tak terkesan derita di luar
dan panggilan yang sayup bersuara
kedengaran desiran merdunya
maka harap salam ini bersambut
tanda izin jejak rindu berkunjung
dan saat itu mendekati usianya
pabila rindu itu berbunga
dan masa menyaksikan ia mekar
menampakkan cantiknya
seri rindu yang dibasahi air mata


..
Read more