Ikuti Temuramah Eksklusif Bersama Ust Maszlee Malek Berhubung Serangan Rejim Zionis di Palestinkini.info.
Tentang diri
- Ibnu Sobri
- Kedah, Malaysia
- Ku pengembara. Terokai madah dalam diam mulut berbicara. Menyelongkar rahsia dengan lemah deriaku. Menyelami hati seorang perindu. Sunyi di kala ada, girang di waktu sepi. Pantas mataku memerhati maka hatiku menyaksi, kelibat peristiwa dan rentetannya. Maka jelajah ini pasti tak sudah, sampai pasti di depanku titik noktahnya. Dan ketika itu langkah dipersoal dan gerun hati andai tak terjawab segala persoalan....
Blog
01 Januari 2009
Temuramah Eksklusif Ust Maszlee Malek
Posted by Ibnu Sobri at 9:35 PG 0 commentsIkuti Temuramah Eksklusif Bersama Ust Maszlee Malek Berhubung Serangan Rejim Zionis di Palestinkini.info.
Di Mana Ketulusanmu
Posted by Ibnu Sobri at 9:12 PG 0 commentsku tidak mempersoal
apatah mempertikai
tindakan kau kali ini
yang begitu menyedihkan
dan ku bimbang
andai kau terus begini
maka hubungan ini
kelak akan dipersoal
sudahkah kau hilang kewarasan
atau tak tertanggung kau
malu akibat darah yang kami perjuangkan
dan tanah air yang kami cinta pertahankan
sudahkah
sudahkah
sudahkah
biar kami menanti di sini
biar tangisan terus basah di pipi
kami bukan si pengemis
yang menagih simpati
cuma raih bantuan
agar dibuka laluan
yang tertutup
sebelum ini sentiasa terbuka
kerna dari ia
datang masuk
sumber makanan kami
sumber ubatan kami
adakah kau ingin biar kami derita sendirian.....
...
Mentaliti
Posted by Ibnu Sobri at 8:36 PG 0 commentshadir
anak ibarat kain putih
dan ibu bapalah yang mencorakkan
jadi apalah salah si anak kecil
yang suci murni naluri
tidak tercemar
dan sejak bila
insan jadi penghukum
buat sesuatu
dan bukankah tiap perkara
telah ditetapkan kadarnya
oleh Tuhan empunya alam
dan hukum Tuhan
di dalam kalam-Nya
ada menyeru
bahwa anak itu suci
dan ibu bapa
yang menentukan ia nasara
mahupun majusi
link buat tatapan halwa telinga
Raihan - Anak Permata
...
Sila ke link berikut untuk membaca artikel penuh
Mentaliti
...
Kelemahan Teori Konseptual Kata Kunci
Posted by Ibnu Sobri at 8:27 PG 0 commentsTiada ayat maka tiada makna
Dan ayat hanyalah persembahan
yang keindahan dirasai oleh yang membaca
kerna ayat yang membawa maksud
dan yang memberi makna
maka garapan persembahan disebalik
ayat tidak bermakna
kerna bagiku ayat hanyalah berfungsi
dan hidup bagi maknanya
dan kecantikan sebuah karya
bergantung pada kandungan
dan bukan asbab penulis
pemikirannya yang dicita
...
Untuk mendapat peneranagn lanjut sila ke link berikutBahasa,Imiginasi Dan Style
...
Sastera adalah Rahsia
Posted by Ibnu Sobri at 8:18 PG 1 commentsya kupercaya bahwa sastera itu rahsia
rahsia yang padanya tersurat segala bicara
ilmu2 yang tak bisa dicita
melainkan perlu ada
gabungan ketajaman minda
dan keindahan bahasa
serta lembut hati perasaan
yang setulus ingin memahaminya
kerna terlalu banyak rahsia
maka yang membaca perlu
lanjutkan makna
pada titipan pinggir bicara
agar tersemat padanya
buah akal yang membawa
kepada kenali apa itu RAHSIA sebenarnya
...
Untuk artikel penuh sila klik link di bawahSastera adalah Rahsia
...
Langgan:
Catatan (Atom)