Tentang diri

Foto Saya
Ibnu Sobri
Kedah, Malaysia
Ku pengembara. Terokai madah dalam diam mulut berbicara. Menyelongkar rahsia dengan lemah deriaku. Menyelami hati seorang perindu. Sunyi di kala ada, girang di waktu sepi. Pantas mataku memerhati maka hatiku menyaksi, kelibat peristiwa dan rentetannya. Maka jelajah ini pasti tak sudah, sampai pasti di depanku titik noktahnya. Dan ketika itu langkah dipersoal dan gerun hati andai tak terjawab segala persoalan....
Lihat profil lengkap saya

Blog

26 Oktober 2009

Gembira yang sementara

0 comments
Maka pena itu
yang buta
harus terus
berbicara dengan makna
yang pasti.
dan sesuai
ikatan yang menepati
tepatnya,
gunanya,
pada deria hati
yang memahami
buah akal salut ia,
dalam simpulan ini.
kata kosong
yang bukan madah
buat diri menyepi,
dan bukan pula
canang,
umpama kisah
dongengan yang tak
pernah berlaku,
baik masa sudah
atau yang bakal berlaku.
dan kisah jiwa
seharusnya
diam,
sehingga benar
pasti ke mana arah tujunya,
kerna pabila sesat.
maka nakhoda
yang melayari,
pasti
sukar ia menyelamat
bahtera yang surut
tak berpatah
malah hanyut
ia sehingga kejauhan.
Read more

Pabila (Senja)

0 comments
dan gelap tiba
tunai janji setia
pabila masanya tiba.

dan senja yang merah
saganya bisa saja
bergetar hati ini
umpama tidak kenal ia siapa.

dan warna cerah suria
semakin himpit
pada aturan yang menetapkan.

diri ini jiwa yang menyaksi
sempadan batas itu
tak harus terlanjur
pada makna yang tersirat.

harus pula diri,
faham suara alam
yang hendaknya
menyanyi
umpama ubat buat
hati yang lara.

dan syukur itu
tak patut sudah.
cukup
pada yang sedikit.
malah tadah luas
patut diri menyapa.
pohonan suara
asyik
pada tunduk
jiwa yang padanya
hanya pada yang Kuasa.
Read more

21 Oktober 2009

Senda

1 comments

Bilang ku pada sendiri,
jika ketemu ku orang gila,
maka tiada yang lain,
dan orang itu adalah aku.
gila pada semuanya,
yang garapannya bukan
buat sendiri.
dan nilai berbaki hendak
dihargai.
kerna detik tidak berulang,
dan takkan pergi.
masakan.
ya, masakan.

Gila ku pada bicara
suka,
dengar hati itu berbunyi,
dan jawab yang berbalas,
semestinya,
buah yang ranum,
manis rasanya.

Gila ku pada kerja ini,
semakin hari
lazatnya tak terasa,
tapi hendak jua,
andai ia kekal
hingga diri pergi.
dan tetap langkah kaki
pada lurus jalan ini.
masakan.
tidak diketahui.
tapi harapan itu lanjut
sehingga surut.

Tapi pada kegilaan ini,
harap diri
tidak lepas batas,
sempadan yang pegang erat
sejak terkebelakang.
masakan.

Buat mengikut.
selamanya terikut,
dan aku yang kegilaan,
akan terus bermain
permainan suka.
terhibur sendiri.
seronok sendiri.

Harap sampai...
Harap senyum dibibir memerhati...
selamat,
semoga sebelum lilin,
bakar nyalanya terpadam,
kau tersedar,
moga kau diberi kekuatan.
ya, engkau adalah
kau yang aku suka.
dan penafian itu bisa
merumitkan,
menyusahkan segalanya.



...
Read more

16 Oktober 2009

Kerinduan Yang Tak Habis Habis

0 comments
















maka ini kata yang lama,
aku semadikan,
walau rasanya,
takkan tersampai jejak kaki,
hingga akhir usia.
pada mulia debuan
pasiran
yang padanya,
saujana mata memandang,
sayup rendangan,
pohonan zaitun.
bak sebuah taman
yang luasnya
tak terbayang.

kerna yang depan itu,
bukan aku pemiliknya,
maka kata ini,
tuju ia khas buat,
yang bakal datang.
satu generasi.
satu misi.
kenal sesama kerna
hati yang menyatukan.
dikala itu jua
pertolongan datang tak
bersempadan.
ya, harapan hanya pada yang satu.

harap ini noktah
yang takkan berakhir.
ya, kekuatan tidak datang diri.
malah enggan menyatu
pada yang sesat,
kirannya abadi yang dinanti.
malah darah mata berair.
takkan bisa mengganti
gerimis senja yang sendu.
dan kita semua
bakal menyaksikan.
walau hadir bukan
lagi pada masanya
berlaku.

Itu suatu yang pasti...













p/s: semoga terus merindu. moga harap capai usia untuk bertemu.
Read more

I Only Ask Of God

0 comments
Read more

15 Oktober 2009

Perang a.k.a. Propaganda

0 comments
ternyata rugi masa terbuang,
membelai kasih pada
embun pagi yang nyaman.
datang hangat mentari,
sejuk subur airnya
kemudian hilang.
masakan begitu,
kerna memang telah ditakdirkan.

ya, subur renek hijau,
dibasahi butiran hujan.
kala itu,
sejuk mata yang menyaksi,
damai pula hati yang menghayati.
dan ketika itu pula.
ucapan ini tak terluah,
pada nasihat.
" ketahui kau setiap perkara
dilakukan ia kerna apa,
apa sebabnya,
rationalnya dimana "

masakan dilupa,
ini resepi bahagia.
agar ingat selalu.
setiap ketika.
setiap masa.

agar perjalanan berikut,
yang tidak ketahuan hujungnya,
bakal menyaksi.
segala yang benar
telah bersaksi.
ketika sekitarnya
senantiasa bertasbih.
masakan.
tapi ku insan.
lemah pada perbuatan.
kurang pada amalan.
tak tergapai murni ikatan.
pada yang seharusnya
hati ini tertuju.
ya, masakan.

semoga,
segala rancangan,
diberi kemudahan.
walau sudah terkesan
angin gelora datang.
dan ribut badai
yang tak terkesan
maha dahsyatnya.

semoga diberi kekuatan,
dan ditunjukkan jalan.
dipermudah segala urusan.

salam buat
abadi di kejauhan.

p/s: tiada siapa menang, siapa pula tidaklah kalah. andai ini perjuangan panjang. dan gerila bukanlah jawapan.
Read more

09 Oktober 2009

Menjaga

0 comments

















Kerna ini tugas jarang,
maka berat kau memikul,
akan jua letih dipenghujungnya.

Tapi kerna dari awalnya,
telah benar tahunya yang betul
dan salah.
maka suruh kau diam
kudapati jua hikmahnya.

Tapi ini betul suara,
yang berbunyi,
kau sendiri tahu belakangnya.
padanya disampai segala
luahan hati,
padanya diberi bicara pasti,
padanya dicerita
segala benci.

Dan tidur ku tidak,
kerna bisa saja telinga ini
mendengar.
Pejam ku tidak kerna
gerak tangan sentiasa
menulis dengan pena.
Maka faham tidak,
itu mungkin masalahnya.
Tapi pabila itu berlaku,
akan kubilang.
agar sirami ia dengan
jernihan penjelasan.
Ku hargai semuanya.
tak terucap rasanya...
kerna berat menjaga,
hanya selama ini
layak kepada yang terdaya.
Dan kau merealisasikannya...
Read more

Takkan Dapat Ku Beza

0 comments









Merintih kau dalam kata yang jelas,
buat diri yang enggan buka luas.
moga harapnya dapat segera faham,
makna kata itu yang padanya terukir
rasa kasih sayang.
Suatu bicara,
tidak mahu menoleh tapi
bisa dikongsi teladannya.
Namun takkan dapat ku beza,
tapi belum tentu aku lupa,
kerna pabila bertemu,
bergelora dalam jiwa bahawa
ini orangnya.
Masakan dibeza yang benar dan
yang salah,
kerna semua bercampur aduk
dalam satu ramuan,
Tapi harapan itu masih ada,
untuk tidak selindungku,
pada yang dibenar tanggung untuk menjaga.
Kerna itu,
usah risau.
Akan ikat diriku
pada setia noktah ini.
Bahawa segala yang terancang itu,
benar sekali akan berlaku ia.
Dan enggan diri menyusah,
pada yang diberi kuasa menjaga.
Engkau sendiri tahu siapa engkau?
dan tahu pula aku siapa dikau.
Biar kepada meraka yang mencuba?
walau dalam samaran yang takkan
dapat kubeza.
Tapi jernih hati yang kerisauaan,
susah pasti dalam gaungnya
dari gelap malam diseliputi awan.
Masakan,
kerna takkan dapat ku beza,
maaf dipinta,
andai terlanjur haluan,
pada kamu yang menjaga.
Read more

06 Oktober 2009

Bukan Kamu...

0 comments










kepadanya ketahui,
kepadanya diberi,
tumpuan itu,
basahan kasih itu,
apa yang dimimpi,
apa yang dibenci,
apa yang dikongsi.
bukan kamu...

yang menerima,
sepastinya dia ketahui,
itu adalah untuknya.
bukan seperti permainan lama,
kusut layu pada keruan tanda tanya.
dan dinodai dusta penuh
simpang siurnya,
tak bersempadan,
tak tahu mana hujungnya.
sehingga pabila ia tamat.

ya, mungkin ini berita kejam,
tapi mana mungkin,
lawan ia jenayah terancang.
jatuh orang dari belakang.

ya, ku menunggu,
dan kamu menunggu.

bukan kamu...
harap marah
ini berkekalan.
senda ini sinis
harap dimaafkan,
dan jarak kata yang memisahkan,
harap faham mudah
pada erti disampaikan.
Read more

04 Oktober 2009

Meriah !

0 comments
















pabila semua diri sini,
maka sunyi itu telah menghilang pergi.
ya, dan bicara mula ramah,
seakan sudah lama tidak bersua.

ya, maka lengkaplah.
dan cukuplah.
dan berjayalah
segala susunan perancangan yang lalu.

walau masih lopak disana sini,
punya masih lagi masa menampung
tutup semua itu.

maka kemeriahan ini seharusnya
dirai dengan puji-pujian,
pada yang selayak-Nya.
kerna izin-Nya lah jua
bisa terjadi semua ini.

Dan marilah bersama,
derap langkah itu disusun,
agar terjahan menuju kearah
yang nikmatnya bakal sahaja,
bersuara segala di langit.
masakan, wahai yang dimuliakan.
"semulia kamu lebih dari malaikat,
seburuk kamu jauh rendah dari binatang".
Read more

Mengambil Berat

0 comments










pabila membaca maka hati mengerti,
bicara itu buat siapa.
tapi buat masa ini diri terpaksa sembunyi,
mencari kembali detik dan jejak tapak kaki
yang menghilang.
apakah ini benar tujuanku?
dan apa benar perkara dirancang?
tidak ku mengerti,
tapi sedar hati dan diri perlu lebih kuat,
teguh andai panji ini yang dibawa sampai mati.

Kerna kita berbeza dan kutahu,
siapa disebalik teguh jasadmu berdiri.
dan kenal jua kau siapa,
walau itu hanya kaku gambar yang bisu,
dan kata yang terpaksa kuterjemahkan.
jadi masakan mengenali dengan pasti!
tapi itu sudah cukup.
benar.

Kerna kita cuba mengenali,
dan kau yang mengambil berat,
tak seharus percaya hanya pada angka,
rumusan kefahaman insan yang cetek
sekali ilmunya.
tidak sesekali bisa mencecah kefahaman
hakiki.

Ya, risiko tak semesti membawa
humban diri kepada terjadi,
ya, benar sakit datang tanpa suara,
apa yang bakal terjadi
tetaplah berlaku pada masanya.
dan padam api itu berlaku
pada semua bernyawa.
masakan, takut.
cuma getar andai bekalan
dibawa tidak cukup buat meraih
bahagia disana.
Read more