Tentang diri

Foto Saya
Ibnu Sobri
Kedah, Malaysia
Ku pengembara. Terokai madah dalam diam mulut berbicara. Menyelongkar rahsia dengan lemah deriaku. Menyelami hati seorang perindu. Sunyi di kala ada, girang di waktu sepi. Pantas mataku memerhati maka hatiku menyaksi, kelibat peristiwa dan rentetannya. Maka jelajah ini pasti tak sudah, sampai pasti di depanku titik noktahnya. Dan ketika itu langkah dipersoal dan gerun hati andai tak terjawab segala persoalan....
Lihat profil lengkap saya

Blog

18 November 2009

Setahun Hari yang Suntuk

0 comments
Enggan percaya,
tapi andai ini kehendaknya,
maka saksi aku,
suntuk hari buat setahun rasanya.
malah ini juga berupa
nikmat-Nya yang harus
syukuri sampai
terbit mentari yang panjang
takkan dapat ku bayar.
kerna semua miliknya...

Setahun hari yang suntuk aku
langkahi dengan lembaran
yang aku nanti ia dengan
penuh debar.
entah apa bikin aku
keesokan hari
aku tidak mengerti
malah bukan pengetahuanku
rentas semua itu berlaku.

Andai tangis itu
terus basah mata kernanya.
Maka akan saksi aku,
suntuk hari yang panjangnya
setahun.
maka akulah yang memulakan bicaranya.
kerna dapat ku semua ini dari Dia.
harap terus syukur dalam diam,
takkan sangka,
tak pernah pinta,
yang hari itu akan suntuk
setahun lamanya dalam diriku...
Read more

12 November 2009

Wahai !

0 comments
Wahai kau yang lebih mengerti,
maka rencana kali ini
sudah pasti dapat buat diri
pusing pening pada maknanya.
tahu bukan malah
tidak ingin lagi
mula satu yang sudah ingin tamat
akan ia, dalam titisan
kenangan yang berlalu.
maka permainan ini ku dapati
tiada noktah.
maka sudah pasti kucuba sedaya
masih belum utuh teguh,
pendirian jika masih diri
uji dia dalam kepayahan
yang tidak tahu mana datangnya.
bukan merintih malah cuba
sedaya buang itu dari sikap
yang perlu dibina kuatnya.
tapi kerna kau namakan,
inilah buah pengajaran,
pada erti yang sebenar,
jika aku ingin bermain dengannya.
ya, besar dalam madah yang telah
bersedia,
tapi cuma kuharap bukan lagi,
mainan perasaan kau mainkan,
kerna itu bisa saja
buat semua terseksa,
walau kau katakan aku,
orang yang mudah sembuh darinya.
tolong, ini permintaan
yang kuharap dikau tunaikan.
kerna ukuran matang itu rapuh
malah mungkin payah.
maka pengajaran harus perlu
berjalan walau kurasa payah.
susah.letih. kerna kau yang mengingatkan.

semoga hidayah itu terus mekar,
pada subur butiran hujan,
yang sejuknya menyegarkan pandangan,
dan turun ia dalam ukuran
yang tak bisa kita tahu dimana
nisbah timbangnya yang sempurna,
buat rata pada yang merasa.
Maha Suci Engkau yang menurunkan
buat pengajaran,
buat peringatan,
buat yang mengetahui,
dan buat yang mengambil teladan.
Read more

Kekadang Lelah Bermain Permainan Ini

0 comments
adakah ini yang dicari,
maka jawapannya sudah pasti tidak.
kerana masih diri tidak mengerti,
kerana hakikat bukan diri empunya,
dan menangih dalam kedinginan
udara yang baru menjelma ini.
moga diterima,
tapi harus perlu dahulu usaha.
kerna kerdil sememangnya
perlu kepada yang kuasa.
dan harapan yang makin pudar,
umpama tidak mampu lagi diri bertahan.
kerja pengajaran bisa saja terlupa,
jika tiada yang mengingatkan.
dan umpama lelah jauh perjalanan,
maka harap lurus jalan
yang ditempa masih jelas
lihat ia oleh mata yang layu,
kering mendengar madah
yang bercampur baur.
ooooooh,
inikah yang kumahu,
wahai diri,
kerna bukan lagi jawapan yang kucari,
kerna telah lalu detik itu
yang sungguh susah
dalam kabut yang tak jelas
apa yang dipandang.
jadi diri.
apakah yang kau mahu,
kerna bisa dapat apa
terdetik dengan izin-Nya,
tapi apakah itu sudah
puas buat kau senyum sampai
kering keringat tatapan,
berjalan pada fana usia ini.
Read more