Tentang diri
- Ibnu Sobri
- Kedah, Malaysia
- Ku pengembara. Terokai madah dalam diam mulut berbicara. Menyelongkar rahsia dengan lemah deriaku. Menyelami hati seorang perindu. Sunyi di kala ada, girang di waktu sepi. Pantas mataku memerhati maka hatiku menyaksi, kelibat peristiwa dan rentetannya. Maka jelajah ini pasti tak sudah, sampai pasti di depanku titik noktahnya. Dan ketika itu langkah dipersoal dan gerun hati andai tak terjawab segala persoalan....
Blog
17 September 2011
Kembara Kehidupan
Posted by Ibnu Sobri at 9:13 PG 0 comments08 Jun 2011
Persimpangan
Posted by Ibnu Sobri at 11:15 PTG 0 commentsjalan itu perhati aku tak sudah. bersama kesesatan yang mengaburi pandangan mata. maka telah jelas yang ini bukan pilihan mudah. kerana kenangan tak bisa padam. dan kenal sudah aku akan kesal ini tak bersempadan. mana mungkin dengan mudah aku mampu laksanakan dengan saksama. maka di mana rayu hati ini terus menadah tangan dalam tangis meminta kembali. kerna kepulangan itu bukan suatu yang mudah dan temui pula aku akan persimpangan yang ragu2 aku akan bersih jalannya. maka dengan payah aku merenungi setiap genap kesilapan diri yang terampun. maka digamit dengan keresahan yang aku ini selamanya tak bisa lari darinya. maka tergamit erti kesedaran yang gelap akan laluannya. maka dimana dicari makna yang sembilu itu sudah pergi menjauh diri. mengapa aku terpisah pada sempadan masa yang tak dapat aku merentasinya. dan mengapa bermain minda dengan soalan yang sudah aku pasrah akan kehendak dengan jawapan yang pudar. dan mengapa perlu ku guris luka yang suatu ketika dahulu telah parah. mungkin kerna bermula kembali itu suatu yang payah. terbit pada embun pagi maka matahari yang mula menyinari sinarnya tidak dapat lagi kurasa. dan keindahan semakin melanjut pada usia dan semestinya telah lama pergi buat sekian masa. maka mana erti kebahagiaan andai kata kunanti. kerna pencarian itu tak pernah kucita. mungkin kerna pada perbatasan aku ini tidak arif pada erti dan makna pabila keduanya bermain di depan mata. kerna rasional itu telah menjadi hijab pada setiap laluan noktah pemikiran ini dicerna...
18 April 2011
Jalan kebelakang ku renung tak sudah
Posted by Ibnu Sobri at 10:03 PTG 0 commentsterang rembulan yang menerangi, sedikit berbuah
rasa yang hinggap aku pada leka waktu ini. tanda berada
aku pada sempadan khayalan! lemas aku cuba membebas
akan diri dari rantaiannya. dan pada ketika fokus ini
tuju aku pada coretan pensil. berdesel ia pada helaian
putih kertas yang madahnya belum tahu aku akan
apa gunanya. maka sesekali melayang fikiran entah
ke ceruk mana. sekejap di sini, kemudian pergi berlalu
pergi sahaja. kelibat diri ini kekadang membuatku
bingung sendirian. kerna mungkin jelajah ia pada
rumpun yang lalu, maka masih basah tapak kaki ini
dengan dingin embun pengalaman yang tak sudah.
maka senyum aku dalam debaran hati yang runcing
sekali perasaan. maka dimana lagi tuju aku, terlihat
tidak lagi kelibat yang pernah ku gapai impian untuk
mencapainya. mungkin, kerana lingkup ruang tidak
lagi dapat menerima. dan masa yang berlalu semestinya
berganti tidak. maka rentetan2 yang tinggal kebelakang,
menjadi saksi yang harung ini buahnya tak bisa ku kutip.
kerna ranum itu tak bisa dimengerti akan indera apa
rasanya. oh, kunci mati maka hati itu sudah jauh
tenggelam. andai kata pergi ke segenap penjuru maka
hilanglah punca dari mana ia pernah datang. ber-
selindung pada mukah yang tak semertinya bisa padam.
oh, nilaiannya itu belum pernah kucuba mengkoreksi,
maka terlihat titip itu yang aku ini sakitnya dari dalam.
oh...pergi diri pada cerun yang malap, tidak kunyatakan
yang semua ini pernah cuba untuk ku halang...