Tentang diri

Foto Saya
Ibnu Sobri
Kedah, Malaysia
Ku pengembara. Terokai madah dalam diam mulut berbicara. Menyelongkar rahsia dengan lemah deriaku. Menyelami hati seorang perindu. Sunyi di kala ada, girang di waktu sepi. Pantas mataku memerhati maka hatiku menyaksi, kelibat peristiwa dan rentetannya. Maka jelajah ini pasti tak sudah, sampai pasti di depanku titik noktahnya. Dan ketika itu langkah dipersoal dan gerun hati andai tak terjawab segala persoalan....
Lihat profil lengkap saya

Blog

26 September 2011

Buka-kah hatiku ini???

0 comments
aku berjalan pada damai malam yang gelapnya bisa saja buat diri jatuh,
mencium bau tanah. hatta mengingat akan diri asal usul kejadian dan
destinasi kembali-ku. namun bisakah sampai aku pada makna tersirat
yang gapai aku pada awanan sepi itu tak menyebelahi, tapi bisa saja buat
aku ini berhimpit pada kesesatan yang melewati!!! maka dimana pergi,
telah ku bersua apa yang perlu. namun yakin dalam diri tidak cukup
buat diri ini bergerak justeru bergegas menuju kepada-Nya. di mana
silapnya, maka masih belum ku ketahuan. namun pada redah kembara
hidup ini, ku cuba pikul juga makna disebalik yang tak padat ku fahami.
mengapa!!! tidak cukupkah air yang mengalir itu buat saksi yang langkah
dalam payah itu, jalannya berliku-liku. sesalan ini takkan pergi. dan
akan terus bangun jua aku, membina jiwa yang padanya kenal erti
realiti pada sempadan ayu warna kehidupan abadi....
Read more

17 September 2011

Kembara Kehidupan

0 comments
ketika kesesatan diri perihal hati yang gersang. maka pada hujung perjalanan, dilihat sendiri yang sampai ku pada destinasi itu suatu yang belum ketahuan. maka, pada luluh kaki yang jerih perih ini sudah membuat diri berada dalam kepayahan. terasa seakan mengalah itu sudah tidak dapat lagi diri mengelak. ooo0...sepi hati pada kembara yang tak pernah habis. sunyi berteman panas angin yang sesekali menyambut badan yang berat kini terasa. dan dahaga ini sudah tak lagi tertahan!!!

***

sesekali hujan membasahi, maka rumput mula menghijau dengan sapa yang gembira. dan kedingin hirup udara ini menyegarkan pemikiran!!! maka tiada lagi teriakan, dan gairah diri bermula dengan langkahan yang panjang. dan mula kedengaran pekik dari kejauhan, suara2 yang bermanja di dada. maka tersedar akan asbab kehadiran di dunia. yang pasti berimbun, itu kelak akan habis jua akhirnya. maka dalam kekalutan ribut, pasti tidak hilang tuju kerana nanti penghujung laluan kita pada denai yang sama

***
Read more

08 Jun 2011

Persimpangan

0 comments

jalan itu perhati aku tak sudah. bersama kesesatan yang mengaburi pandangan mata. maka telah jelas yang ini bukan pilihan mudah. kerana kenangan tak bisa padam. dan kenal sudah aku akan kesal ini tak bersempadan. mana mungkin dengan mudah aku mampu laksanakan dengan saksama. maka di mana rayu hati ini terus menadah tangan dalam tangis meminta kembali. kerna kepulangan itu bukan suatu yang mudah dan temui pula aku akan persimpangan yang ragu2 aku akan bersih jalannya. maka dengan payah aku merenungi setiap genap kesilapan diri yang terampun. maka digamit dengan keresahan yang aku ini selamanya tak bisa lari darinya. maka tergamit erti kesedaran yang gelap akan laluannya. maka dimana dicari makna yang sembilu itu sudah pergi menjauh diri. mengapa aku terpisah pada sempadan masa yang tak dapat aku merentasinya. dan mengapa bermain minda dengan soalan yang sudah aku pasrah akan kehendak dengan jawapan yang pudar. dan mengapa perlu ku guris luka yang suatu ketika dahulu telah parah. mungkin kerna bermula kembali itu suatu yang payah. terbit pada embun pagi maka matahari yang mula menyinari sinarnya tidak dapat lagi kurasa. dan keindahan semakin melanjut pada usia dan semestinya telah lama pergi buat sekian masa. maka mana erti kebahagiaan andai kata kunanti. kerna pencarian itu tak pernah kucita. mungkin kerna pada perbatasan aku ini tidak arif pada erti dan makna pabila keduanya bermain di depan mata. kerna rasional itu telah menjadi hijab pada setiap laluan noktah pemikiran ini dicerna...

 

Read more