Tentang diri

Foto Saya
Ibnu Sobri
Kedah, Malaysia
Ku pengembara. Terokai madah dalam diam mulut berbicara. Menyelongkar rahsia dengan lemah deriaku. Menyelami hati seorang perindu. Sunyi di kala ada, girang di waktu sepi. Pantas mataku memerhati maka hatiku menyaksi, kelibat peristiwa dan rentetannya. Maka jelajah ini pasti tak sudah, sampai pasti di depanku titik noktahnya. Dan ketika itu langkah dipersoal dan gerun hati andai tak terjawab segala persoalan....
Lihat profil lengkap saya

Blog

30 September 2009

Mendengar Tekaan

0 comments













ufuk sana menyaksikan
keliru jiwa buat sang bayu,
padanya terusik segala
akal detik masa yang sama.

ya, yang dekat dikatanya hampir,
benar hanya buat mereka
yang mempunyai hati,
dari mereka yang diberikan
kelebihan tapi enggan menghayati.
Malah Tuhan sahaja yang
tahu benarnya pihak dari yang salah.

Tapi "yang benar itu tetaplah benar,
dan yang salah akan punah akhirnya"

Buat si pembawa berita,
terima kasih ucap tak terhingga.
kerna dewasa insan hanya pada
kefahaman,
dan kebenaran yang dijunjung sampai
akhirnya.

Buat si pembawa berita,
maaf itu tidak perlu dilafaz selalu.
cukup untuk kau buat mengerti,
tanam erat dalam hati,
apa itu yang dinamakan 'maaruf',
dan apa pula itu 'munkar'.
mengerti tidak!
agar diri buat pengajaran.
bahtera yang semakin rasanya berat!


# maaruf: yang diketahui manusia dan yang digemari serta disukainya
# munkar: yang dibantahi, dicemuh dan dipandang jijik oleh manusia
Read more

29 September 2009

Terpedaya

0 comments















Mainan kata sukar diramal,
apatah lagi pada samar maksud perkataan.
Senyum dibibir menyaksi,
rai kau terlalu awal kekalahan yang berikutnya.
Sedang garap hatiku,
penuh damba menanti bertemu,
menanti sudah gelak mati kau dalam suka.
Read more

Itu Berita Suka

0 comments


















O yang jauh dikenang,
yang dekat sayup mata memandang.

O biar pecah di mulut,
selindung tidak segala rahsia di perut.

O yang sapu tak lepas,
sayu lihat gali sendiri lubang buat diri lemas.

O nanti resah masa terhenti,
buang perkara pada tidak dipuji.

O lemah deria anggota segala,
menanti yang tuli bertemu yang buta.
Read more