Tentang diri

Foto Saya
Ibnu Sobri
Kedah, Malaysia
Ku pengembara. Terokai madah dalam diam mulut berbicara. Menyelongkar rahsia dengan lemah deriaku. Menyelami hati seorang perindu. Sunyi di kala ada, girang di waktu sepi. Pantas mataku memerhati maka hatiku menyaksi, kelibat peristiwa dan rentetannya. Maka jelajah ini pasti tak sudah, sampai pasti di depanku titik noktahnya. Dan ketika itu langkah dipersoal dan gerun hati andai tak terjawab segala persoalan....
Lihat profil lengkap saya

Blog

31 Mac 2009

Kesian

0 comments












Bila bicara tak lagi kelihatan
dek gelita tak terlalu laluan
maka disitu ditagih
yang silap
dan bergema yang sudah
ayuh kau
yang padanya
aku kasihan!
maka manakah arah
sejak tuju kita pada
tujuan
YA!
benar janji itu
takkan mungkiri Dia
tapi alangkah risaunya
ku
pada kau
yang aku kasihan!
YA!
telah lama
dan telah nampak
dek sirna insan
kerna perbuatan
dan gulita jiwa
yang padanya
tak tersentuh lagi
mata air yang nyaman
buat penawar
perjalanan yang panjang
maka celaka
ya celaka!
dan celaka!!
siapa tunjuk jalan
malah lalu dia padanya
tapi diri enggan mengaku
tapi diri masih belenggu
tapi diri masih menunggu
tapi diri masih di situ
alangkah rugi
masa berlalu tak mungkin lagi berganti
ya tak berganti lagi.
dan layakkah kita
habis usia
pada benda yang padanya
tiada
KESIAN!!!
Read more

29 Mac 2009

LAMSAB II

0 comments
Come hath again thee!
Remember not
when we work together
flourish the tree
thro there
the knowledge grow.

Aye!
Forby memory.
whosoever bring
will get the benefit
heretofore hight thou
in their mind.



ps: LAMSAB II (Leave a mark, Sponsor a book) come again. Dear KMBians show your support!
Read more

Perjalanan

1 comments


Perjalanan tak menunggu masa
kerna tiada selepas ini masa rehat.

+++

Perjalanan tak menunggu sesiapa
pabila tiba maka gerak berpanjangan.

+++

Perjalanan tak menanti perkabaran
laluan sukar susah sendirian.

+++

Perjalanan tak perlu kekuatan
malah keberanian tanpanya
henti langkah kayuhan.

+++

Perjalanan tak memerlu belas kasihan
Tapi padanya perlu ada persediaan.

+++

Perjalanan takkan sudah
kerna laluan sehala
padanya tiada undur ke belakang.

+++

Perjalanan tanpa arah tujuan
maka hilang maksud
dan terbiar masa
dan putuslah harapan


...
Read more

KuTunggu

0 comments






















Semalam.

Perjalanan jauh.
Kerja gila.
Sendiri seorang.
Ketika itu.
Hina diri.
Tak punya apa.
Dan hilang
sandaran.

Maka layakkah
ku lalui
panjang perjalanan
pada masa mendatang
kiranya datang waktu
ia memberiku laluan.

Maka Tuhan,
berikan panduan.
Tetapkan iman.
Luruskan pegangan.
Agar tak hilang
arah tujuan.



.
ps: Thanks for helping

...
Read more

28 Mac 2009

Provokasi

0 comments



















>>Kepada yang baru terbit<<


Telah lama
sekian lama
masa berlalu pergi
tak selamanya
kembali
  saat itu segar
  walau
  baunya
  busuk
  seperti nalurinya

Andai carik lagi
keruh sesudah
sayup dibawa bayu
maka menyinsing
harapan kau
tak kunjung sudah

kerna perhati tidak
kerna mengerti tidak
kerna tutup kau
dari apa yang terzahir
maka kucuba
peluk
dakapan yang tak sudah
mampu tidak
kulakukan
yakin tidak
kusempurnakan

Andai carik lagi
keruh sesudah
terik tenggelam
di ufuk
maka tagih dicita
padanya
kuntuman
mawar hitam
melata....

...
Read more

Belief

0 comments















Translation

"One by one
Do not worry alone

A test
A learning opportunity
A person can change the life chances of

Trust our hearts
Can be touched all

Has come on! "

-山地-
(很多的夢想待實現,期待自己的成長 )

ps: Thanks for your advice
Read more

27 Mac 2009

Datang ?

0 comments

Andai kata datang tunggu sekian lama
kerna tetap masa tak pernah kesampaian hujungnya,
percayalah!

Andai kata yang dicita sekian lama
tapi berkunjung tak tiba
dan hilang selamanya yang dalam dakapan
manakan disangkal,
ya!

Andai dan andai,

Tapi bila kehilangan satu yang masih
kosong dalam pandangan dan datang,
ya datang,
apakah keseorangan lagi.
tidak,
pasti tidak.

***

Kerna tak pernah hujah berhenti
dan melihat pandangan
kejadian
keajaiban
maka diam diri pada ketenangan

***

Pilih,
maka pilihlah.
Kerna tak bisa kumemilih lagi.
Kerna pabila hilang
rasa enggan bersuara
dan kau merai kemenangan.
tidak,
ku katakan tidak.
Pada kau jiwa
yang rasanya telah
peroleh dunia.
Ya,
dunia yang kau mimpi
impikan.
Jadi semoga kosong kau
dan isi
dunia,
duniamu.

***

Datang.
apakah langkah ini akan tiba
pada titik yang mulanya
langkah bermula
dan padanya
disusun bicara
semanis mungkin
tanpa hilang rasa kesal
kerna tutur manis
tak mengatasi
seri senyuman
yang padanya detik hati
bergelora
pada senang anak mata
mendakap
sayu.
Ya.
Salam.
Buatmu.
Buatku.

...
Read more

13 Mac 2009

Celaru

0 comments

Dalam hingar bingar kudengar
teriakan di sana sini
berkata
berhujah
bertikam lidah
bahwasanya
kami dalam era pembaharuan
dan yang kami cita
hanya harapan baru yang bermakna
dan bersama mengembeleng tenaga
bawa pulang suara
yang gemanya tak kedengaran
sekian lama dalam kurungan
dan bukti saksi telah nyata
bahawa suara bakal (telah)
beralih arah
ke tujuan yang disebut

tidak !
tidak kusetuju dengan sesiapa
kerna khuatir
pancaindera gagal menekap
yang tak terlihat
yang tak terdengar
dan kerna lemah
tafsiran dek kurang pengalaman

maka ku
berterima kasih
pada ambil kisah
hati yang bersuara
terhadap seorang
yang telah pilih dirinya
sebagai seorang pengembara
dan jalan ini
hendaknya sukar tak dirasa
dan pedih tak melarat
dari jalan yang pusing pusarnya
akan selalu bergelut
tak kira masa
dan kusaksi
kau berkata teguh kau pada jalan ini
tahniah!
kerna ku tahu jalan kita berbeda
dan selamanya
tidak ku termampu
mengikut jalan yang kaupilih
dan yakiniku
tak mampu kau pula
turuti lembah yang telah
kupilih untuk laluinya
saksikan !
yang ku berkata benar
dan terima kasih
buat sekian kali
kerna mengambil kisah

***

apabila ajal telah tiba
tak siapa dapat mengelak
dan darinya bergerak insan
mengutip buah2 amal yang termampu
buat perjalanan
yang belum tahu
bila tiba sampai masanya










...
Read more