Tentang diri

Foto Saya
Ibnu Sobri
Kedah, Malaysia
Ku pengembara. Terokai madah dalam diam mulut berbicara. Menyelongkar rahsia dengan lemah deriaku. Menyelami hati seorang perindu. Sunyi di kala ada, girang di waktu sepi. Pantas mataku memerhati maka hatiku menyaksi, kelibat peristiwa dan rentetannya. Maka jelajah ini pasti tak sudah, sampai pasti di depanku titik noktahnya. Dan ketika itu langkah dipersoal dan gerun hati andai tak terjawab segala persoalan....
Lihat profil lengkap saya

Blog

13 Mac 2009

Celaru


Dalam hingar bingar kudengar
teriakan di sana sini
berkata
berhujah
bertikam lidah
bahwasanya
kami dalam era pembaharuan
dan yang kami cita
hanya harapan baru yang bermakna
dan bersama mengembeleng tenaga
bawa pulang suara
yang gemanya tak kedengaran
sekian lama dalam kurungan
dan bukti saksi telah nyata
bahawa suara bakal (telah)
beralih arah
ke tujuan yang disebut

tidak !
tidak kusetuju dengan sesiapa
kerna khuatir
pancaindera gagal menekap
yang tak terlihat
yang tak terdengar
dan kerna lemah
tafsiran dek kurang pengalaman

maka ku
berterima kasih
pada ambil kisah
hati yang bersuara
terhadap seorang
yang telah pilih dirinya
sebagai seorang pengembara
dan jalan ini
hendaknya sukar tak dirasa
dan pedih tak melarat
dari jalan yang pusing pusarnya
akan selalu bergelut
tak kira masa
dan kusaksi
kau berkata teguh kau pada jalan ini
tahniah!
kerna ku tahu jalan kita berbeda
dan selamanya
tidak ku termampu
mengikut jalan yang kaupilih
dan yakiniku
tak mampu kau pula
turuti lembah yang telah
kupilih untuk laluinya
saksikan !
yang ku berkata benar
dan terima kasih
buat sekian kali
kerna mengambil kisah

***

apabila ajal telah tiba
tak siapa dapat mengelak
dan darinya bergerak insan
mengutip buah2 amal yang termampu
buat perjalanan
yang belum tahu
bila tiba sampai masanya










...

0 comments: