Tentang diri

Foto Saya
Ibnu Sobri
Kedah, Malaysia
Ku pengembara. Terokai madah dalam diam mulut berbicara. Menyelongkar rahsia dengan lemah deriaku. Menyelami hati seorang perindu. Sunyi di kala ada, girang di waktu sepi. Pantas mataku memerhati maka hatiku menyaksi, kelibat peristiwa dan rentetannya. Maka jelajah ini pasti tak sudah, sampai pasti di depanku titik noktahnya. Dan ketika itu langkah dipersoal dan gerun hati andai tak terjawab segala persoalan....
Lihat profil lengkap saya

Blog

25 Julai 2010

Media dan Kebencian

0 comments
kerna tak patut yang dibesarkan,
sergah pada yang membesar.
dan kerna kenang yang tua
kenal tanpa sempadan.
kalau hanya cuma kerna
madah yang bicara sukar paham ia
yang muda.
maka keberatan untuk diterima
tapi tak bisa pendirian itu berganjak.
kerna kebencian itu bakar diri
dalam sedar sesak nafas udara tipis
dihirup.
masakan.
kasih sayang satu nikmat.
tanpanya hilang kebahagian
dan diri umpama mayat hidup yang bernyawa.
jadi masakan.
cuma kekadang,
bisik serong syaitan yang berwajah insan,
menyebab sukar pandang kita pada
kebenaran.
tapi tak lupa kerna serong bisikan itu juga
sejak berzaman
maka insan lawan sesama.
tiada lagi kedamaian.
salah sesama.
bak katak yang bertalun madah
sampai akhir sengketa,
tak sapa mahu mengalah.
jadi masakan.
tak pernah,
tapi diri cuma ingin mengingatkan.
yang alpa diri
kekadang lupa yang pandangan itu
sendiri sedang membesar
pada dunia yang kenal tiada jiwa.
Bukan kerna Yang Maha Agung,
tapi salah insan dirinya
yang sukar mengubah kepada haluan
ditetapkan.
tampak zalim dunia pada indera
bukan salah ia pa Pencipta
malah insan yang jahat,
kenal sudah tidak diri malah
telah hanyut pada kesesatan
yang gulita.

***

kerna ini atas dunia,
diberitakan kita,
yang pilih antara dua hanya.
baik atau jahat.
maka seharusnya tiap
yang wujud pada pentas
dunia maka hendaknya
terletak ia pada dua
kehendak ini.
tidak salah kira bebas media
pada seharusnya.
kerna tahu kita kebebasan
mutlak hanya pada letak ia
hukum Tuhan yang ternyata
dalam kalam.
dan pabila tipu insan guna ia
jentera media untuk
membawa bencana,
jadi maka seharusnya
kebebasan tidak harus disalah tafsir.
meski insan itulah yang alpa.
memberi alasan pada kebebesan
maka kejahatan dilakukan
tanpa kenal perasaan.
tapi tahu kita,
tanggung kita wujud satu
usaha mendamai dan mengajar.
maka pentas ini takkan berakhir.

***

kerna diberitakan
"jangan lawan"
seawal usia kenang ku yang perkara
ini tak pernah diambil rasa.
kerna pedih terasa hanya jika insan sanggup
tipu sesama. dan zalim pada dirinya sendiri
dalam melakukan kejahatan.
sedar tidak
yang zalim itu kelak balasnya perit.
yang pedih ini hanya terasa
pada sekelompok dan segolongan
berkomplot pada satu madah
yang ternyata salah.
maka alasan bekal mereka
kukuh pada apa yang mereka
perlakukan.
tapi sedar tidak guna hanya alasan
itu tipis diri untuk selindung
dari panasnya bayu sauna neraka.


***
Read more

21 Julai 2010

Penyaksian

0 comments
maka pabila lidah insan
itu basah ia pada bukan tempatnya.
maka akan kedapatan
ribut hingar kekalutan pada
kecelaruan yang bawa
masalah pada tadbir
alam yang saksama.

jadi masakan!
telah diberitakan dalam kalam,
yang penyaksian takkan
dibiar tanpa ujian,
dan si penguji hanya bagi
layak buatnya Si Pencipta.
apa madah ujian buat insan?
maka si Khaliq itu sendiri berkuasa,
tapi telah dimaklumi
kita yang beban ujian
ditanggung setara laratnya
si pemikul.
maka pujian bagi Yang Maha Pengasih.
tidak menzalimi,
malah insan sendiri yang sering alpa
pada realiti masa
yang merentasi.

maka cukupkah hanya penyaksian!
tidak tahu malah
kubiarkan segala persoalan
tanpa jawapan.

tapi tahu penyaksian dibawa
bersamanya kewajipan.
larat pikul yang wajip
sudah pasti buat yang bersaksi.
maka kelebihan,
sudah tentu buat mereka
yang melebih pada perbuatan,
melayari batas kewajipan.

setiap kita adalah ujian bagi yang lain,
sudah semesti sedar kita
maka jalan pulang
hanyalah kepada Yang Maha Agung.
maka jangan disoal berlebihan,
dan taksub pada tujuan.
kelak sesat kita,
dan bahana laknat akan
datang menerpa
sekian masa.

mari menuju pada
redha Yang Satu,
tidak saling bercakaran,
sudah semesti layaknya
kita berlumba berkejaran.
lebih melebihi dalam amal.
kerna yang bermanafaat
bukan buat tahu ia pada insan.
tapi hanya harap ketahuan
ia pada Yang Maha Mengetahui.



***
Read more

18 Julai 2010

Keindahan

0 comments
pada lubuk jiwa yang sunyi,
ku saksikan suara-suara
yang berkumandang,
sayu ia pada celahan
dedaun yang bersorak riang.
alangkah indah,
suara bisikan alam,
yang melabuh
pada zikir-zikir yang lunak.
agung itu hanya buat
Yang Satu,
Pemilik buana.

maka sekian kali,
maka hati berbicara,
kenang diri ini insan alpa,
terjerumus maka
bergelumang dengan dosa
pada kehendak upaya.
apakah ini insan murni
yang bersaksi?

oh diri yang hina,
apakah bisa kau terpesona,
pada sayu mata yang menyaksi,
pada keindahan setiap rupa.
tidak malah itu
hanya gambaran palsu yang menipu.
terpedaya kau pada
renungan yang menusuk.
apakah ini yang kau cari?

wahai diri,
bisa tunduk kau kerna
itu adalah kemulian.
pada setiap sapaan
jangan terlepas pandang.
mulia insan terletak pada hati.
dan belum tentu itu sempurna
maka setiap kebaikan
dimaklumi oleh si Pencipta.

maka harus sedar
yang kau tak punya banyak lagi masa.
setiap detik maka panggilan itu sentiasa
memanggil.
maka hadir engkau
itu tiada siapa menyangka.
kerna itu bukan pengetahuan
sesiapa melain Yang Berkuasa.
dan tiada siapa harus
mengambilnya sebelum tiba masa.

oh tersentuh ku pada keindahan.
tapi masakan mengerti kerna
miliku indera yang buta.
maka mendung hati
gelap pada alur2 dosa
masakan dengar lagi,
gema puji-pujian berkumandang.

pada sayu jernih ketenangan,
ku memohon,
agar bisa dirawat barah diri,
yang enggan pulang pada fitrah.
terimalah.
maka jemput kita sekalian
sekian kali pada bulan rahmah.
berimarahlah!


***
Read more