Tentang diri

Foto Saya
Ibnu Sobri
Kedah, Malaysia
Ku pengembara. Terokai madah dalam diam mulut berbicara. Menyelongkar rahsia dengan lemah deriaku. Menyelami hati seorang perindu. Sunyi di kala ada, girang di waktu sepi. Pantas mataku memerhati maka hatiku menyaksi, kelibat peristiwa dan rentetannya. Maka jelajah ini pasti tak sudah, sampai pasti di depanku titik noktahnya. Dan ketika itu langkah dipersoal dan gerun hati andai tak terjawab segala persoalan....
Lihat profil lengkap saya

Blog

21 Julai 2010

Penyaksian

maka pabila lidah insan
itu basah ia pada bukan tempatnya.
maka akan kedapatan
ribut hingar kekalutan pada
kecelaruan yang bawa
masalah pada tadbir
alam yang saksama.

jadi masakan!
telah diberitakan dalam kalam,
yang penyaksian takkan
dibiar tanpa ujian,
dan si penguji hanya bagi
layak buatnya Si Pencipta.
apa madah ujian buat insan?
maka si Khaliq itu sendiri berkuasa,
tapi telah dimaklumi
kita yang beban ujian
ditanggung setara laratnya
si pemikul.
maka pujian bagi Yang Maha Pengasih.
tidak menzalimi,
malah insan sendiri yang sering alpa
pada realiti masa
yang merentasi.

maka cukupkah hanya penyaksian!
tidak tahu malah
kubiarkan segala persoalan
tanpa jawapan.

tapi tahu penyaksian dibawa
bersamanya kewajipan.
larat pikul yang wajip
sudah pasti buat yang bersaksi.
maka kelebihan,
sudah tentu buat mereka
yang melebih pada perbuatan,
melayari batas kewajipan.

setiap kita adalah ujian bagi yang lain,
sudah semesti sedar kita
maka jalan pulang
hanyalah kepada Yang Maha Agung.
maka jangan disoal berlebihan,
dan taksub pada tujuan.
kelak sesat kita,
dan bahana laknat akan
datang menerpa
sekian masa.

mari menuju pada
redha Yang Satu,
tidak saling bercakaran,
sudah semesti layaknya
kita berlumba berkejaran.
lebih melebihi dalam amal.
kerna yang bermanafaat
bukan buat tahu ia pada insan.
tapi hanya harap ketahuan
ia pada Yang Maha Mengetahui.



***

0 comments: