Arkib

Tentang diri

Foto Saya
Ibnu Sobri
Kedah, Malaysia
Ku pengembara. Terokai madah dalam diam mulut berbicara. Menyelongkar rahsia dengan lemah deriaku. Menyelami hati seorang perindu. Sunyi di kala ada, girang di waktu sepi. Pantas mataku memerhati maka hatiku menyaksi, kelibat peristiwa dan rentetannya. Maka jelajah ini pasti tak sudah, sampai pasti di depanku titik noktahnya. Dan ketika itu langkah dipersoal dan gerun hati andai tak terjawab segala persoalan....
Lihat profil lengkap saya

Blog

14 Disember 2009

Makna

0 comments
maka garapan ini hendaknya lembut pada madah yang ingin disampainya,
kira sukar itu berlaku pada kadarnya,
maka harap pinta hulur kudus kemaafan diterima sewajarnya.

maka laluan itu sudah sukar kita teentu sendirinya,
kerna perjalanan itu kabut yang gerak ia semahunya,
kadang luar kawalan,
kadang terlanjur bukan pada tempatnya.
dan kalau semahu penuhi segala kehendak diri,
semestinya maut itu bertemu mati tak sudah,
tapi itu bukan kisahnya.

kerna jauh kejadian depan yang bukan kita pemilik pengetahuan itu.
maka ingat aku pada endah kekadang tidak pada 'zikir',
buat peringatan yang sering saja lalu ia pada semua indera.
kita sendiri yang melaluinya.
ya, setiap masa tanpa menyedarinya...

ohhh, andai keindahan itu usaha diri memilikinya,
dan dari hujung ke hujung celahan awan itu
buat ubat segala luka yang timbul atas keru diri tak perit
malah enggan saja tepi ia pada lembut hati yang menyapa.
masakan.
kerna keindahan itu suatu yang sementara andai pengetahuan
tak bisa capai ia kehendak yang semestinya.
tepat pada setiap deruan yang membawa
kisah datang pergi ke sana.
ohhh, enaknya.
gemar pada suatu yang tidak dimiliki
malah selamanya bukan diri layak buat menjadi penjaganya.

buat cita ini yang selalu membakar,
buat perjalanan ini yang tak berpenghujung,
buat tamat segalanya agar diri bertambah faham.
segalanya, masakan ku merasai
dan selamanya diri menghargai.



***
Read more

12 Disember 2009

Bagaimana...

0 comments
dan kerna basah itu mengalir pergi,
dari kejauhan tampak yang memerhati
derita yang buat sekian kalinya,
maka dimanakah dikau?

dikala diam jalan sendirian maka madah
itu beransur pergi bersama riuh suasana
sekitarnya.

maka yang dilupa tak ingat,
dan yang serik sering saja melakukan perkara sama.
bagai berjalan di tengah malan,
sedang hujungnya gaungnya sangat dalam.
masakan.
kerna tak memahami dan mengerti.
kesian!

pabila diam kata itu tak tahu buat siapa.
kerna andai lidah ini kawal tidak
pada akal rasional yang menguasai,
usah tidak pasti terjerumus jua daku ke lembah hina.
minta dijauhkan....
kerna jelik ia aku lihat sendiri,
jadi masakan ku pula yang melakukan.

kerna sempit itu buat kepda yang celaka.
takziah jua andai diri tak berbalik.
selamat.
buat dikau dan buat ku jua.
moga dapat apa yang didamba.
moga buta itu celik,
dan diam itu kembali bersuara.

amat senorok.
tak sabar untuk menanti.
buah itu bisa ranum busuk pada si penanamnya.
sekian dan kesian!


***
Read more

09 Disember 2009

Debaran itu...

0 comments
Rasa...andai itu maknanya,
maka takkan terjawab sehingga akhirnya.
pada hujung kata simpan pada madah,
maka tuju itu tak bisa sampai hingga tamatnya,
jadi takkan ku biar lagi debaran itu menguasai,
ingauan ngeri pada yang tak endah,
jauh buat mengerti,
tidak pada membenci.
kerna selindung itu suatu yang hargai ia,
tak berbolak bahagi lagi,
tapi andai kusut jalan ia pada sempit laluan,
maka hendaknya dingin ini yang berkumandang
sehingga ke penghujung.
agar dapat kawal ia.
agar terus kuasai ia.
kerna diam tidak lagi cukup
malah selindung tidak pula hanya membisu.
kerna tiada lagi...
kerna tak bisa tunjuk lagi...
dan dakap ia dalam sendu menekap.
kerna kosong itu selamanya...
ya buat selamanya.
moga terisi jika tidak dapat menguasai.
semoga hibernasi bukan
jawapan pada suatu yang luar kemampuan.
tapi kerna dingin jua bukan alamat
salju itu buat ubah sejuk linangan.


***
Read more

29 November 2009

Ini Bukan Masa Menangisi

0 comments
andai kata hidup tak punya usia,
maka bicara ini tak bisa keluar
dari lidah yang rasanya tak bisa kelu,
tapi malah akan terus diam.
kerna saksi itu payah yang sangat.
dan dari kejauhan cuma memahami
derita alami orang yang membawa sinar
sampai ke hati.
ya, masakan mengerti lagi apa erti
air mata yang mengalir tak bisa
bayar pedih yang menyucuk dalam jiwa.
kerna kau yang mengalami dahulu.
itu sudah pasti.
tapi masakan,
jika tidak begitu,
mungkin sukar kau berkata:
"kami redha kepadaMu,
dan Aku reda kepada kamu".
gelaran termulia,
angkatan darjat tertinggi.
moga aku turut sama meraihnya.
Insyaallah!
Read more

Kehidupanku (My Life)

0 comments
dalam usang yang menekun dipinggiran,
maka sinarnya menyapa buat sang duka.

kerna kau pemilik cahaya,
maka gelar yang itu sudah pasti buat diri tertanya.
"manakah dikau?"
hilang dalam dakapan kisah yang lalu.

hendak punya saja sinar yang padanya milikmu.
bukan kerna nama,
tapi kerna pada hati yang merasa,
tertarik terpikat pada indah suatu yang luhur,
dan padanya kedapatan buahan yang lebat merimbun.
dan juga pada sama tidak serasi malah hampir serupa.
masakan.

"Kerna baik seorang sebelum jahiliyah,
baik lagi ia pabila menyahut ia sinaran iman",
maka bahagia bulan yang dimuliakan,
tidak banyak malah harapan terus dijulang,
agar ikat yang benar terdetik pada hati yang sudah kenal
makna kehidupan;
akur pada yang Kuasa,
bantu sesama manusia.
"agar terdetik.
agar menerima."
panjatku agar diperkenan.

II

walau hampir saja kehabisan bekalan,
kerna ini perjalanan yang panjang.
maka kuturutkan langkah,
menyaksi buat hati merintih,
lihat suatu padanya memapar sinar harapan.
tapi tidak,
maaf dipermula pada setiap bicara
yang mendatang,
sebab memahami,
kerna mengerti,
walau cuba menyendiri.
itu air muka yang bisa faham yang pasti saja
buat hati berduaka sama,
tapi kerna pilih bukan kerna simpati,
dan tahu itu kelemahan dalam diri,
maka sayu tunduk kau merasa rendah
tak bisa memaparkan segalanya.
jadi jangan terus merasa hina.
kau punya cukup sebagaimana semua.

***
Read more

19 November 2009

Kabur kabus...

0 comments
Harap ini hari yang pasti ku ingat.
Walau diri yang lembut kau simpan,
harap tunjuk kasar tak bisa
hilang hati terbentuk buat detik
yang manisnya sangat diri cita.

Batasan itu sudah tetap
dan tak bisa kau sentuh,
walau andai lebih kekadang sukar
kawal kau suatu yang liar,
atau mungkin kerna kurang didikan.
perlu teguh dan lurus lagi hendaknya...

Wahai diri yang bimbang kau
pada serong perjalanan panjang.
kerna hujungnya belum tiba,
malah tahu tidak bila sampainya.
Andai tahu kau erti manis,
pasti tak bisa lagi kau cerita,
atau berduka andai kau suka.
jadi, mana pilihan,
sedang telah pilih,
dan berkata selalu kau dalam
suara hati yang kecil.
permintaan ini rasanya,
tak payah,
jangan mengalah,
diri yang susah.

***

Wahai tuju yang dinanti,
harap enggan lagi kau kembali,
sedang pintu itu telah jelas terbuka.
ingat kau detik ini
andai pelajaran tagih kau
buat bermakna sebagai bekal.
wahai tuju yang dinanti,
harap belenggu ini,
bisa terus ku gerak pada
hala yang aku sangat suka.
wahai tuju yang arahku padanya,
harap tidak terlupa,
destinasi bukan ukuran,
malah detik perjalanan itu yang
akan disoal.
dan tidak kabur pada asbab,
malah andai hilang dia,
akan terus jua harap
tuju yang kau dambakan.
Read more

18 November 2009

Andai kau Dengar

0 comments
Andai yang dengar guna dia
buat kemahuannya.
akan kau dapati
yang tidak aku berhenti padanya noktah.
dan cukup untuk waktu ini.
maka kau yang dengar jangan berpura,
patut malu kerna guna
orang buat kemahuanmu yang ganas.
Read more

Setahun Hari yang Suntuk

0 comments
Enggan percaya,
tapi andai ini kehendaknya,
maka saksi aku,
suntuk hari buat setahun rasanya.
malah ini juga berupa
nikmat-Nya yang harus
syukuri sampai
terbit mentari yang panjang
takkan dapat ku bayar.
kerna semua miliknya...

Setahun hari yang suntuk aku
langkahi dengan lembaran
yang aku nanti ia dengan
penuh debar.
entah apa bikin aku
keesokan hari
aku tidak mengerti
malah bukan pengetahuanku
rentas semua itu berlaku.

Andai tangis itu
terus basah mata kernanya.
Maka akan saksi aku,
suntuk hari yang panjangnya
setahun.
maka akulah yang memulakan bicaranya.
kerna dapat ku semua ini dari Dia.
harap terus syukur dalam diam,
takkan sangka,
tak pernah pinta,
yang hari itu akan suntuk
setahun lamanya dalam diriku...
Read more

12 November 2009

Wahai !

0 comments
Wahai kau yang lebih mengerti,
maka rencana kali ini
sudah pasti dapat buat diri
pusing pening pada maknanya.
tahu bukan malah
tidak ingin lagi
mula satu yang sudah ingin tamat
akan ia, dalam titisan
kenangan yang berlalu.
maka permainan ini ku dapati
tiada noktah.
maka sudah pasti kucuba sedaya
masih belum utuh teguh,
pendirian jika masih diri
uji dia dalam kepayahan
yang tidak tahu mana datangnya.
bukan merintih malah cuba
sedaya buang itu dari sikap
yang perlu dibina kuatnya.
tapi kerna kau namakan,
inilah buah pengajaran,
pada erti yang sebenar,
jika aku ingin bermain dengannya.
ya, besar dalam madah yang telah
bersedia,
tapi cuma kuharap bukan lagi,
mainan perasaan kau mainkan,
kerna itu bisa saja
buat semua terseksa,
walau kau katakan aku,
orang yang mudah sembuh darinya.
tolong, ini permintaan
yang kuharap dikau tunaikan.
kerna ukuran matang itu rapuh
malah mungkin payah.
maka pengajaran harus perlu
berjalan walau kurasa payah.
susah.letih. kerna kau yang mengingatkan.

semoga hidayah itu terus mekar,
pada subur butiran hujan,
yang sejuknya menyegarkan pandangan,
dan turun ia dalam ukuran
yang tak bisa kita tahu dimana
nisbah timbangnya yang sempurna,
buat rata pada yang merasa.
Maha Suci Engkau yang menurunkan
buat pengajaran,
buat peringatan,
buat yang mengetahui,
dan buat yang mengambil teladan.
Read more

Kekadang Lelah Bermain Permainan Ini

0 comments
adakah ini yang dicari,
maka jawapannya sudah pasti tidak.
kerana masih diri tidak mengerti,
kerana hakikat bukan diri empunya,
dan menangih dalam kedinginan
udara yang baru menjelma ini.
moga diterima,
tapi harus perlu dahulu usaha.
kerna kerdil sememangnya
perlu kepada yang kuasa.
dan harapan yang makin pudar,
umpama tidak mampu lagi diri bertahan.
kerja pengajaran bisa saja terlupa,
jika tiada yang mengingatkan.
dan umpama lelah jauh perjalanan,
maka harap lurus jalan
yang ditempa masih jelas
lihat ia oleh mata yang layu,
kering mendengar madah
yang bercampur baur.
ooooooh,
inikah yang kumahu,
wahai diri,
kerna bukan lagi jawapan yang kucari,
kerna telah lalu detik itu
yang sungguh susah
dalam kabut yang tak jelas
apa yang dipandang.
jadi diri.
apakah yang kau mahu,
kerna bisa dapat apa
terdetik dengan izin-Nya,
tapi apakah itu sudah
puas buat kau senyum sampai
kering keringat tatapan,
berjalan pada fana usia ini.
Read more

26 Oktober 2009

Gembira yang sementara

0 comments
Maka pena itu
yang buta
harus terus
berbicara dengan makna
yang pasti.
dan sesuai
ikatan yang menepati
tepatnya,
gunanya,
pada deria hati
yang memahami
buah akal salut ia,
dalam simpulan ini.
kata kosong
yang bukan madah
buat diri menyepi,
dan bukan pula
canang,
umpama kisah
dongengan yang tak
pernah berlaku,
baik masa sudah
atau yang bakal berlaku.
dan kisah jiwa
seharusnya
diam,
sehingga benar
pasti ke mana arah tujunya,
kerna pabila sesat.
maka nakhoda
yang melayari,
pasti
sukar ia menyelamat
bahtera yang surut
tak berpatah
malah hanyut
ia sehingga kejauhan.
Read more

Pabila (Senja)

0 comments
dan gelap tiba
tunai janji setia
pabila masanya tiba.

dan senja yang merah
saganya bisa saja
bergetar hati ini
umpama tidak kenal ia siapa.

dan warna cerah suria
semakin himpit
pada aturan yang menetapkan.

diri ini jiwa yang menyaksi
sempadan batas itu
tak harus terlanjur
pada makna yang tersirat.

harus pula diri,
faham suara alam
yang hendaknya
menyanyi
umpama ubat buat
hati yang lara.

dan syukur itu
tak patut sudah.
cukup
pada yang sedikit.
malah tadah luas
patut diri menyapa.
pohonan suara
asyik
pada tunduk
jiwa yang padanya
hanya pada yang Kuasa.
Read more

21 Oktober 2009

Senda

1 comments

Bilang ku pada sendiri,
jika ketemu ku orang gila,
maka tiada yang lain,
dan orang itu adalah aku.
gila pada semuanya,
yang garapannya bukan
buat sendiri.
dan nilai berbaki hendak
dihargai.
kerna detik tidak berulang,
dan takkan pergi.
masakan.
ya, masakan.

Gila ku pada bicara
suka,
dengar hati itu berbunyi,
dan jawab yang berbalas,
semestinya,
buah yang ranum,
manis rasanya.

Gila ku pada kerja ini,
semakin hari
lazatnya tak terasa,
tapi hendak jua,
andai ia kekal
hingga diri pergi.
dan tetap langkah kaki
pada lurus jalan ini.
masakan.
tidak diketahui.
tapi harapan itu lanjut
sehingga surut.

Tapi pada kegilaan ini,
harap diri
tidak lepas batas,
sempadan yang pegang erat
sejak terkebelakang.
masakan.

Buat mengikut.
selamanya terikut,
dan aku yang kegilaan,
akan terus bermain
permainan suka.
terhibur sendiri.
seronok sendiri.

Harap sampai...
Harap senyum dibibir memerhati...
selamat,
semoga sebelum lilin,
bakar nyalanya terpadam,
kau tersedar,
moga kau diberi kekuatan.
ya, engkau adalah
kau yang aku suka.
dan penafian itu bisa
merumitkan,
menyusahkan segalanya.



...
Read more

16 Oktober 2009

Kerinduan Yang Tak Habis Habis

0 comments
















maka ini kata yang lama,
aku semadikan,
walau rasanya,
takkan tersampai jejak kaki,
hingga akhir usia.
pada mulia debuan
pasiran
yang padanya,
saujana mata memandang,
sayup rendangan,
pohonan zaitun.
bak sebuah taman
yang luasnya
tak terbayang.

kerna yang depan itu,
bukan aku pemiliknya,
maka kata ini,
tuju ia khas buat,
yang bakal datang.
satu generasi.
satu misi.
kenal sesama kerna
hati yang menyatukan.
dikala itu jua
pertolongan datang tak
bersempadan.
ya, harapan hanya pada yang satu.

harap ini noktah
yang takkan berakhir.
ya, kekuatan tidak datang diri.
malah enggan menyatu
pada yang sesat,
kirannya abadi yang dinanti.
malah darah mata berair.
takkan bisa mengganti
gerimis senja yang sendu.
dan kita semua
bakal menyaksikan.
walau hadir bukan
lagi pada masanya
berlaku.

Itu suatu yang pasti...













p/s: semoga terus merindu. moga harap capai usia untuk bertemu.
Read more

I Only Ask Of God

0 comments
Read more

15 Oktober 2009

Perang a.k.a. Propaganda

0 comments
ternyata rugi masa terbuang,
membelai kasih pada
embun pagi yang nyaman.
datang hangat mentari,
sejuk subur airnya
kemudian hilang.
masakan begitu,
kerna memang telah ditakdirkan.

ya, subur renek hijau,
dibasahi butiran hujan.
kala itu,
sejuk mata yang menyaksi,
damai pula hati yang menghayati.
dan ketika itu pula.
ucapan ini tak terluah,
pada nasihat.
" ketahui kau setiap perkara
dilakukan ia kerna apa,
apa sebabnya,
rationalnya dimana "

masakan dilupa,
ini resepi bahagia.
agar ingat selalu.
setiap ketika.
setiap masa.

agar perjalanan berikut,
yang tidak ketahuan hujungnya,
bakal menyaksi.
segala yang benar
telah bersaksi.
ketika sekitarnya
senantiasa bertasbih.
masakan.
tapi ku insan.
lemah pada perbuatan.
kurang pada amalan.
tak tergapai murni ikatan.
pada yang seharusnya
hati ini tertuju.
ya, masakan.

semoga,
segala rancangan,
diberi kemudahan.
walau sudah terkesan
angin gelora datang.
dan ribut badai
yang tak terkesan
maha dahsyatnya.

semoga diberi kekuatan,
dan ditunjukkan jalan.
dipermudah segala urusan.

salam buat
abadi di kejauhan.

p/s: tiada siapa menang, siapa pula tidaklah kalah. andai ini perjuangan panjang. dan gerila bukanlah jawapan.
Read more

09 Oktober 2009

Menjaga

0 comments

















Kerna ini tugas jarang,
maka berat kau memikul,
akan jua letih dipenghujungnya.

Tapi kerna dari awalnya,
telah benar tahunya yang betul
dan salah.
maka suruh kau diam
kudapati jua hikmahnya.

Tapi ini betul suara,
yang berbunyi,
kau sendiri tahu belakangnya.
padanya disampai segala
luahan hati,
padanya diberi bicara pasti,
padanya dicerita
segala benci.

Dan tidur ku tidak,
kerna bisa saja telinga ini
mendengar.
Pejam ku tidak kerna
gerak tangan sentiasa
menulis dengan pena.
Maka faham tidak,
itu mungkin masalahnya.
Tapi pabila itu berlaku,
akan kubilang.
agar sirami ia dengan
jernihan penjelasan.
Ku hargai semuanya.
tak terucap rasanya...
kerna berat menjaga,
hanya selama ini
layak kepada yang terdaya.
Dan kau merealisasikannya...
Read more

Takkan Dapat Ku Beza

0 comments









Merintih kau dalam kata yang jelas,
buat diri yang enggan buka luas.
moga harapnya dapat segera faham,
makna kata itu yang padanya terukir
rasa kasih sayang.
Suatu bicara,
tidak mahu menoleh tapi
bisa dikongsi teladannya.
Namun takkan dapat ku beza,
tapi belum tentu aku lupa,
kerna pabila bertemu,
bergelora dalam jiwa bahawa
ini orangnya.
Masakan dibeza yang benar dan
yang salah,
kerna semua bercampur aduk
dalam satu ramuan,
Tapi harapan itu masih ada,
untuk tidak selindungku,
pada yang dibenar tanggung untuk menjaga.
Kerna itu,
usah risau.
Akan ikat diriku
pada setia noktah ini.
Bahawa segala yang terancang itu,
benar sekali akan berlaku ia.
Dan enggan diri menyusah,
pada yang diberi kuasa menjaga.
Engkau sendiri tahu siapa engkau?
dan tahu pula aku siapa dikau.
Biar kepada meraka yang mencuba?
walau dalam samaran yang takkan
dapat kubeza.
Tapi jernih hati yang kerisauaan,
susah pasti dalam gaungnya
dari gelap malam diseliputi awan.
Masakan,
kerna takkan dapat ku beza,
maaf dipinta,
andai terlanjur haluan,
pada kamu yang menjaga.
Read more

06 Oktober 2009

Bukan Kamu...

0 comments










kepadanya ketahui,
kepadanya diberi,
tumpuan itu,
basahan kasih itu,
apa yang dimimpi,
apa yang dibenci,
apa yang dikongsi.
bukan kamu...

yang menerima,
sepastinya dia ketahui,
itu adalah untuknya.
bukan seperti permainan lama,
kusut layu pada keruan tanda tanya.
dan dinodai dusta penuh
simpang siurnya,
tak bersempadan,
tak tahu mana hujungnya.
sehingga pabila ia tamat.

ya, mungkin ini berita kejam,
tapi mana mungkin,
lawan ia jenayah terancang.
jatuh orang dari belakang.

ya, ku menunggu,
dan kamu menunggu.

bukan kamu...
harap marah
ini berkekalan.
senda ini sinis
harap dimaafkan,
dan jarak kata yang memisahkan,
harap faham mudah
pada erti disampaikan.
Read more

04 Oktober 2009

Meriah !

0 comments
















pabila semua diri sini,
maka sunyi itu telah menghilang pergi.
ya, dan bicara mula ramah,
seakan sudah lama tidak bersua.

ya, maka lengkaplah.
dan cukuplah.
dan berjayalah
segala susunan perancangan yang lalu.

walau masih lopak disana sini,
punya masih lagi masa menampung
tutup semua itu.

maka kemeriahan ini seharusnya
dirai dengan puji-pujian,
pada yang selayak-Nya.
kerna izin-Nya lah jua
bisa terjadi semua ini.

Dan marilah bersama,
derap langkah itu disusun,
agar terjahan menuju kearah
yang nikmatnya bakal sahaja,
bersuara segala di langit.
masakan, wahai yang dimuliakan.
"semulia kamu lebih dari malaikat,
seburuk kamu jauh rendah dari binatang".
Read more

Mengambil Berat

0 comments










pabila membaca maka hati mengerti,
bicara itu buat siapa.
tapi buat masa ini diri terpaksa sembunyi,
mencari kembali detik dan jejak tapak kaki
yang menghilang.
apakah ini benar tujuanku?
dan apa benar perkara dirancang?
tidak ku mengerti,
tapi sedar hati dan diri perlu lebih kuat,
teguh andai panji ini yang dibawa sampai mati.

Kerna kita berbeza dan kutahu,
siapa disebalik teguh jasadmu berdiri.
dan kenal jua kau siapa,
walau itu hanya kaku gambar yang bisu,
dan kata yang terpaksa kuterjemahkan.
jadi masakan mengenali dengan pasti!
tapi itu sudah cukup.
benar.

Kerna kita cuba mengenali,
dan kau yang mengambil berat,
tak seharus percaya hanya pada angka,
rumusan kefahaman insan yang cetek
sekali ilmunya.
tidak sesekali bisa mencecah kefahaman
hakiki.

Ya, risiko tak semesti membawa
humban diri kepada terjadi,
ya, benar sakit datang tanpa suara,
apa yang bakal terjadi
tetaplah berlaku pada masanya.
dan padam api itu berlaku
pada semua bernyawa.
masakan, takut.
cuma getar andai bekalan
dibawa tidak cukup buat meraih
bahagia disana.
Read more

30 September 2009

Mendengar Tekaan

0 comments













ufuk sana menyaksikan
keliru jiwa buat sang bayu,
padanya terusik segala
akal detik masa yang sama.

ya, yang dekat dikatanya hampir,
benar hanya buat mereka
yang mempunyai hati,
dari mereka yang diberikan
kelebihan tapi enggan menghayati.
Malah Tuhan sahaja yang
tahu benarnya pihak dari yang salah.

Tapi "yang benar itu tetaplah benar,
dan yang salah akan punah akhirnya"

Buat si pembawa berita,
terima kasih ucap tak terhingga.
kerna dewasa insan hanya pada
kefahaman,
dan kebenaran yang dijunjung sampai
akhirnya.

Buat si pembawa berita,
maaf itu tidak perlu dilafaz selalu.
cukup untuk kau buat mengerti,
tanam erat dalam hati,
apa itu yang dinamakan 'maaruf',
dan apa pula itu 'munkar'.
mengerti tidak!
agar diri buat pengajaran.
bahtera yang semakin rasanya berat!


# maaruf: yang diketahui manusia dan yang digemari serta disukainya
# munkar: yang dibantahi, dicemuh dan dipandang jijik oleh manusia
Read more

29 September 2009

Terpedaya

0 comments















Mainan kata sukar diramal,
apatah lagi pada samar maksud perkataan.
Senyum dibibir menyaksi,
rai kau terlalu awal kekalahan yang berikutnya.
Sedang garap hatiku,
penuh damba menanti bertemu,
menanti sudah gelak mati kau dalam suka.
Read more

Itu Berita Suka

0 comments


















O yang jauh dikenang,
yang dekat sayup mata memandang.

O biar pecah di mulut,
selindung tidak segala rahsia di perut.

O yang sapu tak lepas,
sayu lihat gali sendiri lubang buat diri lemas.

O nanti resah masa terhenti,
buang perkara pada tidak dipuji.

O lemah deria anggota segala,
menanti yang tuli bertemu yang buta.
Read more

Permainan Duka

0 comments












Kerna telah bermula rasminya,
kerna telah siap persediannya.
Maka gertak akan selama berbunyi.
Suara semarak api yang dulu.
Ya, kerna kerut dahi tak bisa sembunyi,
dan nada yang tak pernah selindung
hasrat dalam dada,
nampaknya (sangat) jelas.
sedarnya tak perlu siapa mengajarnya.
O itu aroma bahagia,
tidak pada fatamorgana suria.
Ya, tidak sesekali nampaknya...
Read more

Ku Amat Menanti Langkah Berikutnya

0 comments

















Hai jiwa yang mengaku punya kuasa,
runtuh kamu pabila tak teguh,
ikatan ini hanya pada ramainya suara.
Tak mungkin cita bisa melawan
kukuh ikatan yang bersaudara.

Hai pemilik yang enggan mengundur,
juang mu pada noktah yang lingkup.
Percayalah!
telah kusaksikan,
akan kunantikan yang berikutnya.
getar hati ini pada yang Satu.
padahal kecewa dikau pada yang rosak.
Selamanya!
Ya, selamanya.
telah kuhantar bahtera sedang kamu terlena.
pada kamu yang baru cuba melangkah
ke haluan berikutnya.
cuma dua pilihan andaiannya.
ku mengalah...tak mungkin,
atau selamanya kau berduka.
Read more

Kesudahan Itu Sangat Manis

0 comments











O nyawa yang diberikan kefahaman,
sebisa mungkin kelebihan itu bisa rapuh
runtuh kerna faham tidak makna kata-kata
pada sinaran ilmu yang menerangi.
O tidak bisa selayak diri ingkar pada yang kuasa,
maka manis yang hujung itu
jugalah yang kunanti dambakan dalam jiwa.
O damai hati yang hendak digapai
tiada noktahnya berpenghujung,
saksikan.
dengarlah.
pada suara yang memekik umpama
tahu saja esok makannya dimana,
umpama hidup tak bertuhan
sedang hati tak pernah menafikan.
apakah yang lebih hodoh
dari pembawa panji-panji setia,
katanya,
ya, akur sendiri dia pembawanya.
O sedih kerna terpaksa menanti
masa datang tapi kembalinya
belum pasti,
jika ini buahnya.
ya, mana tidak bazir pada membelai,
buruk buah yang harap harum
wangi hasilnya.
ya, jikalau itu,
tidak perlu ku tunggu pembawa panji datang,
si tukang sapu sudah cukup
juangnya membara sampai kecundang,
pada helaian sutera dunia sementara.
Kerna yakin kemenangan disana...
Cukup pasti!
tewas lagi nampaknya...
engkau sendiri yang ku beri pilihan
untuk memulakannya....
Read more

Gembira Bermain Bersama

0 comments










Permainan itu gemar ku memainkan semula,
kerna kamu adalah pelakonnya.
pada layarnya terdapat kota kata
yang asyik bisa buat diri terleka.
Oh, ku rindukan permainan itu,
yang gemar ku memainkan semula,
kerna kamu adalah pelakonnya.
sayang simpul lakonan kehidupan,
tak sama ia pada aliran ini kehendaknya.
dan kerna kamulah pelakonnya,
amat gemar ku bermain permainan ini semula,
amat benar menanti kesudahannya....

p/s: (biarkan, kasihan)
Read more

27 September 2009

Pabila Janji Tak Dapat Dikota

0 comments













sedih yang terpaksa dilupakan,
ku kabarkan padamu seikhlas mungkin,
kehilangan yang tak patut dibicarakan lagi,
walau selayaknya berat benar dalam hati,
kerna sedar sudah diri makna bicara,
"usah ditangisi yang pergi;
jangan mencari yang hilang;
pabila tiba masanya semua itu berlaku jua".

maka harap diri pada yang menerima,
lafaz kata yang berat mulanya,
kemudian menjadi selapang rumpunan padang.
mengerti benar bahwa diri tak cuba menyembunyi,
apatah lagi mencari alasan,
pada harapan yang mengunung tinggi,
pada janji yang manisnya sukar terbayang.
hanya maaf harap diterima dalam damai
keluh kesah linangan kasih sayang...
Read more

23 September 2009

Jangan lawan...

0 comments












Seawal jelajah,
apakah pesan yang lebih istimewa,
kudengari malah terlalu jarang.
"Jangan lawan..."
pada siapa.
aku.
engkau?
siapa yang lebih ketahui dari Dia.

"Jangan lawan..."
pada siapa.
masakan diri kerdil,
dapat gegar,
malah ketahui tidak?
malah dengan apa?

Sudah kaukecut,
belum kulakukan apa-apa.
malah selamanya,
apakah lingkup dapat membayar harga,
detik-detik berlalu yang tak dapat dibeli.
Ya,
andai besar daku pada yang membelai,
selamanya kasih bukan padamu,
selamanya bukan.
kerna lawan ku bukanlah dikau,
dan ketahui ku siapa yang dibesar.
patut syukur dia pada yang Kuasa,
dan kau yang memberi,
patut dihormati selayaknya,
jikalau tidak pasti berlawan jawabnya...
Tidakkah kau berfikir begitu?
Read more

Syawal...

0 comments












Gelak tawa dari kejauhan
takkan bisa kedengaran,
kerna jarak itu sudah pasti memisahkan.

Warna-warni hari kebesaran,
sekarang baru ketahui ku,
nilai yang terletak padanya,
bukan pada hari itu yang diraikan,
malah pujian selamanya pada yang patut,
kerna Dia telah beri kita,
lalu bulan yang lepas,
timbunan peluang menambah pahala,
padanya jua keampunan diraih,
malah pada hari ini jua,
laungan seruan pujian,
gemanya hanya pada yang satu,
pemilik yang benar-benar layak
memilikinya.

Ya,
apa punya insan malah tiada apa,
difikirkan dalam,
maka kasih itu sudah pasti
buat kau menitis air mata,
masakan,
tidak punya apa,
hatta diri itu masih dipunya,
walau bebas kehendak diberi,
tapi apakah yang lebih layak
dari jualan yang lebih baik,
ya,
apakah jualan yang paling baik.
Siapa meraihnya,
maka selamanya akan nikmati dia,
kegirangan hari ini selamanya,
ya,
kemenangan yang sebenar-benarnya...
Read more

19 September 2009

Dapat kau apa kau impikan, Dapat mereka perkara yang dikehendaki

0 comments

Ketahui tidak rasanya pabila diri mula merasa apa erti cuti yang sebenarnya,
Takkan sesekali rasanya cuti itu bergelar rehat dan lapang jiwa dari semua perkara,
Dan sesekali tidak rasanya insan itu bakal harungi hari yang padanya tiada ribut,
Sesekali datang sepoi angin menderu sudah cukup buat ia resah gelisah.

Ketahui tidak aku maknawi cuti yang sebenarnya,
Sedar hanya detik nafas berlalu masuk keluar tanpa dilakukan suatu benda,
padanya tiada manfaat hanya usia umpama lilin terbakar,
semakin pendek, cair dan masa semakin tiba untuk nyalanya padam buat selamanya....
Read more

Andai ketemu dikau lagi

0 comments


wahai detik yang dimuliakan,
andai ketemu aku dikau lagi,
tak terucap rasanya bicara suka,
dan pasti kelu lidah tak terkata apa,
padamu yang ditinggikan dalam kalam mulia.

"kerna yang depan bukan milik sendiri,
dan punya tidak insan pengetahuan pasti",
maka harapan ini kuharap
terima ia sebagai pohonan yang ikhlas,
tulus sendiri dari hati yang menyepi,
dan diri yang diam untuk suatu ketika.

"kerna yang depan bukan milik sendiri,
dan punya tidak insan pengetahuan pasti",
harapan itu pasti ada,
untuk penuhi ia dengan segala termampu,
mengejar suatu yang hakiki,
walau tampak pandangan masih
kabur dari kejauhan.

"kerna yang depan bukan milik sendiri,
dan punya tidak aku sebarang pengetahuan",
keinginan untuk bertemu mu
sekian kali kusemarakkan,
kucita agungkan,
kerna mana diterang perasaan yang telah lama
pergi tiba-tiba hadir kembali,
membuat diri tertanya,
apa sebenarnya yang dicari,
dalam gelut suara yang tak pernah
dimaklumi benarnya,
dalam hati yang senantiasa belenggu padanya
noda-noda yang tak pernah henti.
Jadi masakan...
moga bertemu lagi...
bersua dalam dakapan hati yang masih disinar
padanya cahaya....
Read more

Aktiviti sesudah

0 comments



Tiada rahsia malah tidak ku sembunyi apa-apa,
kerna diberi usia insan untuk dimanfaatkan,
dan ditanya enggan menjawab,
kerna pabila tiba masa,
detik itu sendiri yang akan bersuara,
dan kalian pasti akan menemuinya.

Kerna pendek usia,
dan banyak perkara bisa diurus,
terasa tidak upaya diri menyempurnakannya.
Sehingga bertemu lagi...

Dan diri sedar yang lima sebelum tiba yang lima.

Semoga segalanya berbaloi...
Read more

I'm Callin' U

0 comments










I'm callin' U
With all my goals, my very soul
Ain't fallin' through
I'm in need of U
The trust in my faith
My tears and my ways is drowning so
I cannot always show it
But don't doubt my love

I'm callin' U
With all my time and all my fights
In search for the truth
Tryin'a reach U

See the worth of my sweat
My house and my bed
Am lost in sleep
I will not be false in who I am
As long as I breathe

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't feel nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
all I need in my life

I'm callin' U
When all my joy
And all my love is feelin' good
Cuz it's due to U

See the time of my life
My days and my nights
so it's alright
Cuz at the end of the day
I still got enough for me and my

I'm callin' U
When all my keys
And all my bizz
Runs all so smooth
I'm thankin' U
See the halves in my life
My patience
With all that I know
Oh, take no more than I deserve
Still need to learn more

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
all I need in my life

Our relationship, so complex
Found U while I was headed straight for hell in quest
You have no one to compare to
'Cause when I lie to myself it ain't hidden from U
I guess I'm thankful
Word on the street is U changed me
It shows in my behaviour
Past present future
Lay it all out
Found my call in your house
And let the whole world know what this love is about

Yo te quiero, te extraño, te olvido
Aunque nunca me has faltado, siempre estas conmigo
Por las veces que he fallado y las heridas tan profundas
Mejor tarde que nunca para pedirte mil disculpas
Estoy gritando callado yo te llamo, te escucho, lo intento
De ti yo me alimento
Cuando el aire que respiro es violento y turbulento
Yo te olvido, te llamo, te siento

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U...

oh, no, no
i don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but you
MY one and only

I don't need nobody
& i don't fear nobody
I don't call nobody but you
all i need in my life
Read more

09 Ogos 2009

Takkan Ku Biar Kau Pergi Kali Ini

0 comments














Kerna telah mencari aku akan dikau,
Dan hadir kau dalam kesunyian gelap malam,
tapi kerna damai air mata yang menangisi,
masakan kubenar kau pergi.
Kerna kerinduan semalam tak dapat menjelaskan,
segala isi yang tersurat di dalam hati.
Jadi diri. Saksikan. Yang aku akan mendapatkan kau kali ini.
Read more

29 Mei 2009

Angan - angan

0 comments

















sepoi deru bayu membawa ia jauh pergi
pada letak kaki yang tak pernah sentuh
tanah yang pada deria tak pernah menyaksi
masakan, bersaksi minda pada yang lemah
teguh fakta yang tiada kekuatan harus
malah akan terus kebenarannya bersimpul
jadi, apakah harus tanam ia pada matlamat
tidak !!! kerna angin bisa terus membawa ia
dan hilang ia pada panas sinar suria

ayuh diri !!! kembali pada yang nyata
bersaksi bahwa kebenaran harus
bina sekuat pada lemah jasad melangkah
ya !!! tak bisa angan itu membawa kau
malah sendiri dia ubah haluan
pabila si angin meniup ke arah yang tak ketentuan.
jadi selidik kembali...
jejak langkah kau terbelakang...
selongkar segala rahsia yang bisa kau mengerti...
kerna selamanya tak bisa lurus laluan
pabila asyik minda bermain pada awangan dusta.


...
Read more

20 Mei 2009

Senyum Itu Untuk Siapa?

1 comments


manis bibir itu pada indah seri warnanya,
dan tampak jauh oleh mata yang menyaksi,
warna itu merah tapi buntu pada maksud
yang berselindung disebaliknya,
kerna cantik ia bersama tatahan senyuman,
dan senang hati bermain melihat keindahannya,
maka garapan ini harap bisa buatku sedar,
kerna bisa saja runtuh segala apa yang teguh,
kerna indah ia, cantik ia, dan bersih ia.
ya, bibir yang menyanyi dengan nada suka.
bibir itu yang letaknya pada tengah ribut rimba.


...
Read more

Suria

0 comments














Ketika sejuk hati hirup udara manja,
dan ketika mana lembab udara ini
membasah dada.
ketemu ku pada bicara lama,
buah akal dari guru bernama Suria.
"Nun jauh di sana".

Ya,
dalam pengertiannya pada siapa yang memahaminya,
tapi bingung aku anak muridnya, apakah dalam maksud,
sampai tak terjawab butir-butir pedoman terkandung dalamnya.
Masakan !
Ingatlah !
kerna pesannya pabila kau bermain leka,
maka ketahui kau "Nun jauh di sana",
ada insan sedang tekun usaha merebut segala apa yang di depan mata.
dan tika itu jua, "Nun jauh di sana" kedapatan insan layak
terima dia segala nikmat yang mungkin sedar kau tidak mesyukurinya.
boleh jadi juga "Nun jauh di sana" insan hirup kepayahan dunia,
sedang kau bersenang dengan pinjaman sementara
yang entah bila akan Tuhan menjemputnya.
Jadi,
kerna "Nun jauh di sana" tak dapat ketahui putaran roda dunia,
mengerti kau makna hidup yang terbatas hanya pada indera,
dan lembut perasan yang membuat segalanya,
pegang kita erat umpama satu saudara yang berkongsi segalanya.


...
Read more

Bila Menulis

0 comments
















Pabila pena itu kugerakkan,
bukan kerna kemampuan ku,
dan bukan jua kerna kekuatan
yang mengayun,
maka nescaya derap yang menerpa,
hendaknya tulus tulis ia,
dan hendak bicara itu lahir
pada sudut hati yang dapat menerimanya.

Kerna pandangan berbeza,
tak semestinya kita berbeda,
kerna jauh hati menyerap
nada denyutan nadi dari kejauhan,
sesungguhnya pasti kita semua sama.
tapi pengertian itu sukar,
ditolak letak tepi,
kerna mungkin masing-masing,
yang punya pendirian sendiri.
tapi kupercaya yang beda tak
buat kita jauh,
kerna jauh pandangan hanya
pabila letak jawapan di ufuk,
dan tatapan juga bersembunyi lindung.

Jadi.
Kerna sama kita
Harus melihat kita bahawa
lurus kebenaran tak bisa bengkok ia.
dan hati ini menerima seadanya,
andai teguh pendirian tidak diterima,
malah akan teguh diri membinnanya,
dalam diam simpulan bayu angin malam
yang bersuara,
dan pada celahan daun purnama
malam menerangi jalanan.

Sebab semestinya.
kita tak pernah bermusuhan...

...
Read more

23 April 2009

I need strength

1 comments















Translation

"Aftermath of the matter is still rippling

I hope that we can deal with the good

However, I determined that this person intestinal
Really a bit difficult

You may say, "she told me that he and I do not imagine that she could not find any point in us a common point"
I would say "no you are wrong you are is the nearest the world because you have two people keep the same blood"

Love a person not so difficult
Please do not help most in need in each other when he left his
As long as the heart
Life will be a fresh start to your

Hope
You are willing to open your heart
Give ourselves a chance
To create a different life

Also tried for the sake of each other
Because
You two are the most close
"



不需要理由


----------------------------------------------------------------------------------------

if you thing that love do need reason,
i agree and hopefully you are right,
but how fortunate it is when love
come and go like its never been boundries,
i said deep from my heart
that love do need reason,
the reason why you like the A but not the B,
the reason why you're comfortable with C but you dont with D,
how come love need not reason when you find
love you to your parent as they bring you up,
similar fact goes to adopted child that his/her love
to his/her adopted parent when they are the one
who raise him/her up,
but do find me that this question depend,
how you're open your mind when the word 'love'
being discuss,
one might find difficult when hatred full in his mind,
while one whos personality was kind
will found love is the rope that fasten mankind.

^^ please do correct me if i'm wrong

...
Read more

Mengapa?

0 comments













patutkah insan yang tanam ia pohonan rindu,
tanda kasih tak pernah bersempadan
tanda luas tadahan hati menerima apa yang mesti.
tegur engkau belenggu dia dengan apa yang tertutup?
dari luas hati yang terbuka untuk menerima
nilaian kasih yang tinggi nilainya?
yakni makna sayang yang insan semestinya ada.
maka tentu ia jawapku perlu senantiasa.
kerna baginya tak pernah putus harapan yang dicita,
dan sungguh silap engkau mentafsir buta hatiku,
kerna sering pejam engkau dari melihat apa yang terzahir.
kerna seharusnya mengerti engkau bahwa
sama tidak engkau dan aku, kerna pisah kita berdua
pada sempadan bicara lidah yang berkata-kata.
dan tidak salah aku padamu, kerna bisa
soal mu itu terkandung lafaz yang telah lama
ingin ku terjemahkan.
yakinilah bahwa ini kataku
kerna selalu terpesona,
dan kerna terlalu meniliti,
maka alam itu hendaknya indah pada pandangan mata.
namun tidak bisa faham semestinya ia,
dan makna kasih sayang yang sebenarnya,
kerna semut bisa bicara yang sama walau perlahan
suara ia menberi kita mengerti,
bahwa bukan kerna besar duniamu itu
maka engkau golongan mulia,
tapi kerna buah iman yang dicita,
dan kerna mekar ukhuwah hati yang bersaudara.
dan bukan selamanya kerna
amarah yang sering bersuara.

...
Read more

21 April 2009

Daripada?

0 comments














Maka bicara ini hendaknya tulus dari hatiku yang gundah,
kerna dapat tidak ku fahami gerak alam sebenarnya.
Kerna lagi memerhati maka gertak jiwaku yang berbicara,
terus upaya sedaya mungkin menyelami sambil cuba mengerti.
Walau tahuku andai cuba kusimpul segala rahsia,
maka dapat tidak malah bingung akal tak tertahan,
tak tertanggung faham sesungguhnya apa yang bermain
pada indera itu patut hendaknya syukur tak berbelah bahagi.
Jadi masakan riuh kicauan burung itu tajam nadanya,
dan tidak pula hijau rumpunan bisa buat diri terlena.
Kerna sesungguhnya selamanya akan gerak langkah,
maju kehadapan ke arah medan yang di tetapkan.
Matlamat harapan seorang pencinta yang bisu,
kerna di situ kasih tak pernah musnah malah subur selalu,
kerna di situ mekar irama syahdu yang membangun.
Walau di situ buahnya bakal lahir dari pepohon rendang,
dan tumbuh benih yang masih lama kunantikan cambah ia.
Tapi ku yakini penantian ini bukan satu yang merugi,
malah faham kesetiaan balasannya lapang dada menerima
yang hakiki,
jadi masakan belenggu diri malah harap dakapan ini terus erat,
kerna jiwa yang merobek belum tentu lagi putus,
malah ikat ia teguh pada janji yang seharusnya tak berkembali.


...
Read more

Terima Kasih

0 comments
Maka apakah ucapan mulia selain ini,
ucapan terima kasih dikala senang.
Kerana ucapan ini bisa saja diri menangis
dalam sedar diri cukup sentiasa,
masakan.
Ya, tidak mungkin ingat selamanya
diri pada apa yang terzahir.
Kadang terlupa hingga gelisah,
tapi andai terus diri alpa.
Maka kelak rugi.
Selamanya rugi.
Tentu pasti ku tak mahu yang itu.
Read more

17 April 2009

Bila Kedua-dua Bertemu

0 comments

Bila kedua-dua bertemu,
maka manusia mula runsing,
apakah kebenaran itu bercabang.
tidak! sedangkan dan seharusnya,
kebenaran itu hanya satu.
kerna kelak ketahui kita,
bahwa sesungguhnya walau tampak
benar pada tafsiran indera
benar segala yang diyakini.
tapi tidak kerana kebenaran
bakal terbukti dan percayalah ia bakal terjadi!
Andai pilih kamu untuk terus tunggu,
maka tiada lain melainkan harus menungguku sama.
kerna kelak pabila kebenaran berbicara.
ketahui kita siapa
termasuk golongan yang merugi.






p/s:Teruskan! Dan maju kehadapan! Kerna perjalanan kita masih jauh...


...
Read more

16 April 2009

Padamu?

0 comments





















andai besar insan pada pangkuan
dan didik sedari dia olehmu dari kecil,
layanan mesra yang enggan berpaling
diberi setiap masa yang bernyawa;
pada setiap detik dia menangis manja.
andai lihat kau insan ini,
dari besar ia sebesar telapak tanganmu,
alangkah sayu andai ketahui dia,
bahwa sesungguhnya engkau menyayangi dia
dengan segala apa yang kau ada.
namun tahukah engkau,
jauh di sudut hatinya,
insan ini bersuara lembut,
mengajak kau beramah mesra;
memberi kautahu bahwa
kelak dapat dia tidak membalas
jasa ini sebanyak diberi dan selamanya,
dan kepercayaan yang erat mendakap
takkan selalu berbalas;
bukan kerna miskin tangan yang memberi,
bukan jua kerna sedikit apa yang diri punya,
tetapi kerna nilaian tak selamanya
mampu mengatasi usaha yang ikhlas
yang senantiasa melekat manis dihati.
ya! kutahu ini bicara yang tak perlu,
kerna sejak hirup insan ini udara dunia,
maka telah kau genggam kota,
bahwa selamanya insan ini bakal dilayan
tak kira berapa jumlah keringat terbakar,
berapa jumlah masa dihabiskan.
kerna kelak bakal mengerti ia
"bahwa pengorbanan akan sentiasa ada,
kerna kita sendiri hidup atas belas kasihNya,
jadi manakan dicari, diganti, difahami
malah gerak diri selamanya kerna Yang Esa"
ya! ini janji yang perlu,
dan yakinku akan ingin kau kusampaikan
gertak suara kebenaran yang padanya
memanyungi segala yang memuji di langit,
dan kerna telah kuat kau berusaha
agar mengertiku suatu yang hakiki.
dan tahuku ini perkara luarbiasa.
dan padanya kaku diri tak ketahuan,
kerna bisa saja diri jatuh
tak tertanggung dek beban ini.
ya! ku tak mampu.
ya! diri tak dapat penuhi.
tapi harap ku diberi masa,
bukan tanda ingin ku berlepas diri
kerna ketahui kau apa yang disampaikan ini
bisa diri terebah dan takkan terbangun lagi.
dan bukan jua tanda ingin melarikan diri,
kerna sebisa mungkin terlari tidak
ku dari dunia yang pemilikNya
selamanya ada, menyaksi kelibat
insan memikul lafaz kalimah suci murni.
ya! manakan dicari
dan dimana hendak ditoleh lagi,
kerna selamanya nampak hanya
lurus jalan dihadapan dan hujungnya
pasti jauh tak tercapai oleh indera.
namun yakin harap manis perjalanan itu
yang dicita, ditagih, disempurna.
kerna andai belenggu jiwa
yang padanya runsing pemikiran
maka kelak bersaksi ku bahwa
selamanya rugi daku kerna lalu berkebelakang.
Read more

Bangun

0 comments

















oh!
berat dugaanMu.
kini kudalam
langkahan melaluinya.
ya!
sungguh berat sekali
kepercayaan ini,
andai dibuang
diletak tepi.
tidak tahu lagi
dimana hendak
dibawa diri.
kerna malu
tak terlindung lagi.
maka hanya kemahuan
yang mampu bersuara.
memberi semangat
dorongan
agar hidup.
kerna andai dimakan
apa dijanji.
kelak sirna diri
menjadi abu
dituip api.
YA!
kerna tak mampu menanggung,
dan hina diri tak berpenghujung,
maka tunduk wajah
padaMu
tempat ku menyuarakan hasrat hati.
selamanya.
Ya selamanya.
Seharus selamanya.
Read more

14 April 2009

Buang

1 comments















Maka layakkah daku
berada di persimpangan
yang padanya gelap malam
samar-samar terangnya
suluh dek sang bulan.

Maka pada jejak itu
setiap bicara bakal bersaksi
bahwa kebenaran kelak
menang atasnya yang batil.

Maka layakkah
tikam lidah pada
benda yang asasnya teguh.
Kerna bisa saja
fitnah ini merebah
kesatuan yang dulunya gah
ikatan yang dulunya mesra.

Andai terus beda paham
memusnah yang suci
kerna yakinlah benar tetap
pada bangunnya
dan selamanya.
Maka mengerti paham
hendak teguh pada yang nyata
bukan pada dasar lemah
akal mentafsir
dan bukan kerna
ego bawa diri selamanya.
Kerna takkan masuk diriku
selamanya ingin yang rugi.

Kerna rugi disana tak berkembali lagi.....

p/s: Quran 17:81. Maka ini benar! Dan kelak kita akan menyaksi! Maka tunggu engaku kerna aku akan terus menunggu.....
Read more

09 April 2009

Bila

1 comments
Bila,
Jalan kaki melangkah
ke hadapan,
tak bisa pusing
pandangan ke belakang:
walau manis ia,
walau pahit ia.
Kerna depan bukan milik sendiri
bahkan buta diri
andai toleh tak berkembang
dan cakap tak bersempadan.
Read more

05 April 2009

Ways Toward the Future

0 comments
When force you toward limits.
and start you crying alone,
belive me that its not the end,
while you can still stand up and walk.

When force you walking without a friend,
and your feeling started grumbling the soul,
perhaps they say you can make it,
BUT believe me,
as time passes by they'll find you grow.

ps: Friend, be happy with the decision that has to be made. Never regret, perhaps!
Read more

04 April 2009

Menangis II

0 comments












Kerna kusut tak sudah
dan kerna dingin tak kisah
maka larut ini harapnya akan tamat sudah

Namun kerna kau yang masih enggan mengalah
maka derap berlalu sudah pasti kemuka hendaknya
dan andai akhir bertemu usia
maka senyum dibibir mempamerkan lafaznya
dan kosong di dalam jiwa
jelas pada anak mata
dan kau tidak sesekali bisa
menyembunyikannya........
Read more

02 April 2009

Bicara

0 comments

Andai kata kau tutup
pintu suara,
yang padanya
datang suara
pelbagai rupa
pelbagai bahasa
pelbagai nada.
mana mungkin dicari lagi
mana mungkin digapai maksud
mana mungkin dicapai erti
kerna dengar kau seorang
bicaramu sendirian.

***

Andai kata harap kau
diam bicara
yang padanya ku bersuara.
maka yakinlah
bahwa
hati ini takkan patah
berhenti dari mengatakan;
ayat-ayat,
buah akal tak seberapa,
pena yang bergerak senantiasa.
malah kalau
ia terangan,
malah dalam diam.
sedarlah bahwa
harapan kau tak dapat
kupenuh citakan
kerna suara hati yang berkata
kelak ditanya.
malah pada waktu
yang bukan lidah lagi
yang bersuara.
Sedar dan yakinlah!

Maka maaf
andai didik hati tak terbiasa
dengan nikmat yang melimpah
dan lembut layanan
yang mendakap dada.
Seraya mulut
malah gertak akan
sentiasa ada.
kerna padanya
datang kita berkumpul
pada satu jawapan
bukan menurut
kemahuan kebanyakan
malah lebih
datang rumusan
yang adil senang
ramai merayakan,
mempraktikkan.
dan tunjuk kita luhur
budi pekerti yang kita
'canangkan'.
bukan untuk menunjuk
bukan untuk mempamer
dan bukan atas 'gema' hipokrasi.
kerna andai faham diri sebegitu
maka cananglah,
dan canaglah,
terus mencanang.
kerna kemahuan tak terdidik
maka hati keras
kelak tak datang lagi
cahaya yang menerangi.

Maka maaf andai
diri tak dapat menurut kemahuan.
malah maaf andai diri
tak mengikut ajaran.
kerna apa yang benar
akan senantiasa berlaku
walau pahit
datang menjejak,
menghapus,
memayungi.
Maka kau kusayang.
Lebih dari yang kau pamerkan.
kerna faham diri
baik balasan buat si pemurah,
dan kudung tangan si bakhil......


Read more

31 Mac 2009

Kesian

0 comments












Bila bicara tak lagi kelihatan
dek gelita tak terlalu laluan
maka disitu ditagih
yang silap
dan bergema yang sudah
ayuh kau
yang padanya
aku kasihan!
maka manakah arah
sejak tuju kita pada
tujuan
YA!
benar janji itu
takkan mungkiri Dia
tapi alangkah risaunya
ku
pada kau
yang aku kasihan!
YA!
telah lama
dan telah nampak
dek sirna insan
kerna perbuatan
dan gulita jiwa
yang padanya
tak tersentuh lagi
mata air yang nyaman
buat penawar
perjalanan yang panjang
maka celaka
ya celaka!
dan celaka!!
siapa tunjuk jalan
malah lalu dia padanya
tapi diri enggan mengaku
tapi diri masih belenggu
tapi diri masih menunggu
tapi diri masih di situ
alangkah rugi
masa berlalu tak mungkin lagi berganti
ya tak berganti lagi.
dan layakkah kita
habis usia
pada benda yang padanya
tiada
KESIAN!!!
Read more

29 Mac 2009

LAMSAB II

0 comments
Come hath again thee!
Remember not
when we work together
flourish the tree
thro there
the knowledge grow.

Aye!
Forby memory.
whosoever bring
will get the benefit
heretofore hight thou
in their mind.



ps: LAMSAB II (Leave a mark, Sponsor a book) come again. Dear KMBians show your support!
Read more

Perjalanan

1 comments


Perjalanan tak menunggu masa
kerna tiada selepas ini masa rehat.

+++

Perjalanan tak menunggu sesiapa
pabila tiba maka gerak berpanjangan.

+++

Perjalanan tak menanti perkabaran
laluan sukar susah sendirian.

+++

Perjalanan tak perlu kekuatan
malah keberanian tanpanya
henti langkah kayuhan.

+++

Perjalanan tak memerlu belas kasihan
Tapi padanya perlu ada persediaan.

+++

Perjalanan takkan sudah
kerna laluan sehala
padanya tiada undur ke belakang.

+++

Perjalanan tanpa arah tujuan
maka hilang maksud
dan terbiar masa
dan putuslah harapan


...
Read more

KuTunggu

0 comments






















Semalam.

Perjalanan jauh.
Kerja gila.
Sendiri seorang.
Ketika itu.
Hina diri.
Tak punya apa.
Dan hilang
sandaran.

Maka layakkah
ku lalui
panjang perjalanan
pada masa mendatang
kiranya datang waktu
ia memberiku laluan.

Maka Tuhan,
berikan panduan.
Tetapkan iman.
Luruskan pegangan.
Agar tak hilang
arah tujuan.



.
ps: Thanks for helping

...
Read more

28 Mac 2009

Provokasi

0 comments



















>>Kepada yang baru terbit<<


Telah lama
sekian lama
masa berlalu pergi
tak selamanya
kembali
  saat itu segar
  walau
  baunya
  busuk
  seperti nalurinya

Andai carik lagi
keruh sesudah
sayup dibawa bayu
maka menyinsing
harapan kau
tak kunjung sudah

kerna perhati tidak
kerna mengerti tidak
kerna tutup kau
dari apa yang terzahir
maka kucuba
peluk
dakapan yang tak sudah
mampu tidak
kulakukan
yakin tidak
kusempurnakan

Andai carik lagi
keruh sesudah
terik tenggelam
di ufuk
maka tagih dicita
padanya
kuntuman
mawar hitam
melata....

...
Read more