Tentang diri

Foto Saya
Ibnu Sobri
Kedah, Malaysia
Ku pengembara. Terokai madah dalam diam mulut berbicara. Menyelongkar rahsia dengan lemah deriaku. Menyelami hati seorang perindu. Sunyi di kala ada, girang di waktu sepi. Pantas mataku memerhati maka hatiku menyaksi, kelibat peristiwa dan rentetannya. Maka jelajah ini pasti tak sudah, sampai pasti di depanku titik noktahnya. Dan ketika itu langkah dipersoal dan gerun hati andai tak terjawab segala persoalan....
Lihat profil lengkap saya

Blog

14 Disember 2009

Makna

maka garapan ini hendaknya lembut pada madah yang ingin disampainya,
kira sukar itu berlaku pada kadarnya,
maka harap pinta hulur kudus kemaafan diterima sewajarnya.

maka laluan itu sudah sukar kita teentu sendirinya,
kerna perjalanan itu kabut yang gerak ia semahunya,
kadang luar kawalan,
kadang terlanjur bukan pada tempatnya.
dan kalau semahu penuhi segala kehendak diri,
semestinya maut itu bertemu mati tak sudah,
tapi itu bukan kisahnya.

kerna jauh kejadian depan yang bukan kita pemilik pengetahuan itu.
maka ingat aku pada endah kekadang tidak pada 'zikir',
buat peringatan yang sering saja lalu ia pada semua indera.
kita sendiri yang melaluinya.
ya, setiap masa tanpa menyedarinya...

ohhh, andai keindahan itu usaha diri memilikinya,
dan dari hujung ke hujung celahan awan itu
buat ubat segala luka yang timbul atas keru diri tak perit
malah enggan saja tepi ia pada lembut hati yang menyapa.
masakan.
kerna keindahan itu suatu yang sementara andai pengetahuan
tak bisa capai ia kehendak yang semestinya.
tepat pada setiap deruan yang membawa
kisah datang pergi ke sana.
ohhh, enaknya.
gemar pada suatu yang tidak dimiliki
malah selamanya bukan diri layak buat menjadi penjaganya.

buat cita ini yang selalu membakar,
buat perjalanan ini yang tak berpenghujung,
buat tamat segalanya agar diri bertambah faham.
segalanya, masakan ku merasai
dan selamanya diri menghargai.



***

0 comments: