Tentang diri

Foto Saya
Ibnu Sobri
Kedah, Malaysia
Ku pengembara. Terokai madah dalam diam mulut berbicara. Menyelongkar rahsia dengan lemah deriaku. Menyelami hati seorang perindu. Sunyi di kala ada, girang di waktu sepi. Pantas mataku memerhati maka hatiku menyaksi, kelibat peristiwa dan rentetannya. Maka jelajah ini pasti tak sudah, sampai pasti di depanku titik noktahnya. Dan ketika itu langkah dipersoal dan gerun hati andai tak terjawab segala persoalan....
Lihat profil lengkap saya

Blog

04 Ogos 2010

Kesedaran

tatkala bermain akal dengan kayangan angan2,
maka tika itu selidik cuba mengorek pada lubang
rahsia andai kata ia menjelma. namun hampa
itu berjumpa ia pada gantinya. masakan. bertemu
tidak keruan tapi hikmah itu pasti cuba ku selongkar.
tapi bisa suatu yang bukan madah pengetahuan itu
ia tanam dalam benam hati yang cuba mendalami
erti kehidupan, dapat ia sergah mengerti maksud
pabila ia menegaskan rasa. tetap pendirian itu ku
bertemu ia walau sukar akibat kekadang goyongan
yang bermain pada minda, mudah ia memaling dari
sudut yang benar akan ia. tidak sesekali namun pabila
di mengerti maka mengalir basah mata tak berkesudah.
kerna sedar pada kesedaran maka telah lama kita
terpadaya oleh nyata khayalan yang bermain depan mata.
dan turuti kita kehendak ia pada elok saksi kita yang serong
akan pembawaannya, ya semestinya dalam sedar pada
jelek ia kelihatan dan buruk ia semestinya bukan hati kita
sirna menjauh akan ia selamanya. masakan. kerna andai
ini zamannya maka laluan ini pasti akan bawa juga kita
hendaknya. tiada dapat memaling kerna telah takdir-Nya.
tapi jika itu khabar ia pada selok sejarah yang beralun
madah telah sekian lama. maka sudah harap kita pada janji
yang dilafaz sudah pasti akan berlakunya. tapi pada janji buat
mereka yang menang sudah pasti mahar yang dibayar
hendaknya mahal dan perlu kerah segala tenaga. tapi tak bisa
juga bayar andai kata hati yang diterjemah mampir ia pada
saksi yang bergelimpangan, lurus tidak malah serong perbuatan
bukan pada semegah zahirnya. tontonan semata maka sedar
hati tidak pada perbuatan diperlihat. masakan. maka sedar
yang berpanjangan sudah tentu ketahui ku tidak apa kerperluan
nya. kerna andai ini bekalan yang pernah bawa kita pada puncak
maka hendaknya semua itu hanya atas izin-Nya. kerna
tak ketahui tapi cuba memahami yang kembara yang terpencil.
maka jawapan sebenar sudah tentu bertemu tidak malah
pabila selesai kita dikumpulkan disana...



***

0 comments: